suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, January 14, 2015

Bila boleh tengok muka dia?




Lagi 10 minit pukul 9, iaitu pada jam 8.50 pagi seorang lelaki yang mengenakan sut hitam yang baik buatan nya yang dipadankan dengan tali leher warna biru yang berkilat telah masuk melalui pintu keluar sebelah tepi dalam banggunan mahkamah persekutuan.

Dia menyusup masuk melalui pintu itu yang hanya digunakan untuk membawa masuk dan keluar pesalah-pesalah atau orang-orang yang didakwa yang tak boleh dijamin dimahkamah itu.

Kalau lah lelaki ini masuk melalui pintu utama, ini bermakna pada jam 8.55 pagi kelmarin kita semua sudah tentu dapat melihat wajahnya dalam internet.

Tiada siapa pun yang perasan lelaki berkulit gelap itu adalah Chief Inspector Azilah Hadri yang telah didakwa membunuh Altantunya Sharibu pada tahun 2006 dulu (kes ini adalah kes yang paling berprofil tinggi).

Dia telah berjaya menyembunyikan wajah nya yang sebenar daripada orang ramai setiap kali dia dibawa masuk dan keluar dari mahkamah.

Sekali lagi pagi kelmarin selepas hukuman dijatuhkan kira-kira 30 jurugambar akhbar-akhbar dan juru-juru video telah gagal dan terlepas peluang untuk merakam gambar Azilah Hadri apabila wartawan-wartawan ini yang semasa sibuk mengerumuni peguam-peguam dan pendakwa-pendakwa keluar dari bilik mahkamah untuk mendapatkan berita, dan ketika itu lah beberapa anggota polis diam-diam telah berjaya membawa keluar keluar Azilah melalui pintu disebelah tepi tadi.

Kali ini dia keluar dari pintu itu sebagai seorang pesalah. Sekali lagi dia berjaya tanpa dapat dirakam wajahnya.

dollah yankee -
Nama pun 'komando' ...

2 comments:

  1. Tutup muka takut orang dapat cam tapi allah tetap kenal. Wahai blogger blogger yang bijak pandai bukan susah nak dapatkan wajah mereka mereka ini. Jom p belajar dengan reporter luar negara, Banyakkan rangkaian baru hebat kita menberi lapuran yang tepat....USAHAKAN...TAK SUSAH. Kan mereka ini banyak kawan, masakan tak ada info.

    ReplyDelete
  2. Dia dgn kawan dia pengiring peribadi Rosmah.

    ReplyDelete