suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, December 12, 2014

Dah la jatuh, duit pulak tak dak !



RM,bukan nyonya Rosmah Mansur tetapi Ringgit Malaysia, telah jatuh lagi ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1997. ia jatuh sebanyak 2.5 % berbanding Dollar Amerika dalam masa 2 hari iaitu kejatuhan terburuk sejak Jun 1998. 

Jika di ikut pendapat-pendapat gurkah-gurkah politik di'port' yang merupakan pakar-pakar 'eko-no-money' tepi longkang, Malaysia berkemungkinan menjadi negara Asia yang paling teruk terjejas oleh jangkaan kejatuhan berterusan harga minyak dunia, Industri berkaitan minyak menyumbang sebanyak 1/3 % daripada hasil Malaysia.

Sementara itu pasaran saham Malaysia turut susut hampir 3 % selepas Petronas mengumumkan pada Jumaat lalu bagaimana rancangan nya mahu memotong perbelanjaan modal antara 15-20 % pada tahun depan. 

Sementara itu juga  salah seorang gurkah-gurkah politik di-'port' yang pernah jadi tokey 'Labu Peram' skim cepat kaya (pernah juga kerja dengan jabatan tukaran wang asing di Westpac,Singapore) berkata pengumuman dari Petronas itu telah menambahkan lagi berita negatif dan beliau menjangkakan sementara menunggu harga minyak kembali stabil, nilai RM berkemungkinan berisiko tinggi untuk terus jatuh.

Dari satu sudut agak pelik sebab kerajaan kita seolah-olah tidak memberi perhatian atau dilihat semacam menyembunyikan sesuatu berhubung kejatuhan RM ini, pada hal ia telah mendapat liputan meluas dikalangan media negara-negara jiran kita, antarabangsa tak payah cakap lahh ...

Dari sudut lain kejatuhan nilai mata wang negara mana sekali pun didunia pada hari ini bukan lah sesuatu yang pelik. Ini kerana, dalam negara yang mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis, hal ini berada dalam jangkaan. Kitaran krisis ekonomi yang teruk dalam tempoh lebih kurang 10 tahun sentiasa dapat dilihat dalam sistem Kapitalis ini.

Malangnya masih ramai yang cuba menyatakan kejatuhan RM adalah disebabkan ketidaksetabilan harga minyak mentah dunia, peningkatan hutang luar, aliran modal keluar dan lain-lain.

YA!! gurkah-gurkah ini tidak menafikan semua itu boleh mempengaruhi nilai mata wang, namun kita semua perlu melihat kepada AKAR permasalahan, bukan hanya membahas masalah CABANG dan RANTING semata-mata.

AKAR permasalahan dalam perkara ini ialah... SISTEM EKONOMI KAPITALIS !!!.

dollah yankee -
dah la jatuh, duit pulak tak dak!

3 comments:

  1. Matawang Brunei jatuh tak? Kalau kira penggantungan kepada minyak... Brunei sepatutnya lebih terukkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro,ko try belajar banyak sikit pasal ekonomi bukan semata2 satu sumber je, banyak lagi part2 yang menyebabkan ekonomi sesebuah negara jadi negatif. Misalnya kalau terlalu banyak bergantung kepada import, pastu banyak hutang luar, kerajaan rasuah dan boros, tak cekap urus ekonomi(boros dan tak banyak eksport, asyik bergantung pada pelabur asing saja) semua masalah2 ni ada pada malaysia. Sedangkan brunei raja dia pernah jadi raja terkaya di dunia, eksport minyak dan pandai urus ekonomi negara tanpa hutang banyak. Rakyat dia tak sombong dan mereka amalkan undang2 Allah mungkin antara sebab negara brunei amat diberkati Allah. Rakyat mereka amat sederhana, kadang2 aku macam tak sedar pun negara brunei ni wujud.

      Delete
  2. ....


    Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
    ( Lihat Bukti Di Youtube )

    https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE

    https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

    https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0

    https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg

    https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q

    https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4


    Sabar ye Anak2 Muda Johor... Kalian perlu tabah..




    Sumber Berita

    >> Klik Di Sini <<






    (( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??

    Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??

    Sumber Berita


    >> Klik Di Sini <<




    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Agenda Jahat UMNO - UMNO Mahu Musnahkan Perpaduan PR Utk Terus BKUASA!

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------


    Generasi lama, generasi muda dan generasi baru perlu berhati2 dgn tektik UMNO sekarang yg menggunakan media mereka..

    Matlamat mereka hanya satu... Mahu kekal berkuasa...

    Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kpd Pakatan Rakyat lg.. ( Konon nya lah )

    Jadi di bawah adalah tektik mereka yg dianggap berkesan... ( Konon nya lah )

    1. UMNO akan cuba habis2an agar PAS keluar dr PR... Semua cerita mereka palsu belaka..

    2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sbg liabiliti PKR... Sebenarnya mereka takut dgn kekuatan Anwar..

    3. UMNO yg sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP mcm2... Jahat mereka tak sedar, nak kata DAP pulak jahat...


    Jadi, sy mohon sgt, jgn mudah percaya dan tertipu dgn permainan jahat mereka...

    Tolong ye :-)


    Sumber Berita


    >> Klik Di Sini <<

    ReplyDelete