suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, December 22, 2014

Cerita CIMB

Saya Cina, kamu India, engkau Melayu, dia Benggali. Saya Islam, kamu Kristian,mereka yang lain kafir. 

Orang fikir ini cerita rumit. Kata orang ini hal sensitif. Lain bangsa. Lain agama. Kita dari asal yang satu. Hidup akan kompleks kalau terlalu banyak pantang larang. Itu tidak boleh ini tidak kena. Hidup mesti dilakar dengan indah. Namun penuh berhati-hati. Mengikut kehendak-Nya. Ada garis-garis panduan-Nya. Hidup harus berkenal-kenalan. Hidup wajar ada kepedulian. Hidup perlu berkasih sayang. Sayang tidak sewajibnya ada cinta. Hidup tidak boleh seorang, dan tidak akan menjadi. 

Mari mengelamun untuk masa depan yang tidak mustahil dan penuh cabaran.

Melayu Islam, Cina India Kristian atau Buddha…Sama makhluk yang dihidupkan dimuka bumi DENGAN kepercayaan agama masing-masing... "lakum di-nukum wali-yaddin", dan hala tuju dalam kehidupan yang amat berbeza. Sebagai manusia yang dilahirkan berakal fikiran haruslah bijak mengunakan akal fikiran untuk bertindak bijak demi untuk kesejahteraan semua pihak. Tiada yang lebih atau kurang atau sebaliknya. Yang penting hormat walaupun terkadang ada pihak seperti PERKASA, seperti geng Ali Tinju, macam PAKIDA yang bertindak mengikut hawa nafsu melepaskan ketidakpuasan hati dengan kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang boleh mengambarkan ke'tidak'bijak'sanaan pemikiran sesetengah golongan... seperti mereka

dollah yankee -
Hidup ini kadang-kadang terlalu kompleks...

1 comment:

  1. Otak pemimpin,pengikut dan yang menjadi ahli PERKASA dan PAKIDA tu depa letak kat kepala lutut itulah sebabnya depa tak ada akai untuk berfikiaq jadi hetam saja yang tekeluaq dari mulut asal nafsu diri puas untuk melepaskan marah.

    ReplyDelete