suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, October 26, 2014

Semua orang akan terbelit


Gurkah-gurkah politik di'port' ingin menasihatkan ahli2 parlimen BN supaya tolong "berenti sat" dalam memutarbelit isu kenaikan petrol dan gst akan bawa lebih keuntungan kepada rakyat.

Walaupun kerajaan BN @ Najib tidak berani mengaku secara terang yang kenaikan harga petrol dan gst dimana tujuan sebenarnya ialah untuk menyelesaikan masalah "kantung" kewangan negara, tetapi rakyat semua sudah mula tahu dan paham sikit-sikit tentang ini. Hinggakan ada orang kampong yang sudah pandai kata... "bukan kerajaan yang tanggung kita,kita yang dok tanggung kerajaan".

Rakyat masih belum boleh terima "rasionalisasi harga" itu, dan mengatakan itu sangat "tidak rasional". 

Itu pun masih ada lagi MP (yang kita tak pernah dengar nama pun) masih tetap kata 'ini sesuatu yang baik untuk negara'. 

Bila barangan keperluan harian dah jadi mahal, masih kata baik? Baik untuk siapa YB?

Gurkah-gurkah ini telah dapat merasa kenaikan petrol dan gst tahun depan pasti akan menyebabkan inflasi yang sudah tidak terkawal. Keluar lebih banyak dari masuk. Tolak(-) lebih banyak dari campur(+), dah laa harga barang naik sebab minyak naik harga, dah tu kena pulak gst!. Jangan kata ekonomi rakyat saja yang 'terbabas', tetapi juga ekonomi negara juga akan bakal meleset, lalu masa tu lah kita akan selalu dan hari-hari dengar ayat 'ekonomi meleset'.

dollah yankee -
"EKO-NO-MONEY" 










1 comment:

  1. GST baik untuk negara, tapi tidak baik untuk rakyat. GST dapat mengurangkan beban hutang negara, tapi harga barang akan naik dan membebankan rakyat.

    ReplyDelete