suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, October 24, 2014

Sampai tak tau nak bagi dekat siapa!

Laki dah dapat tiga empat kali. Kali ini giliran bini-bini. Tahun depan giliran anak-anak lah pulak kot?!

KUANTAN - Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mendahului senarai 978 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, esok.

Beliau adalah antara 23 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dan seorang SSAP (Kehormat) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima darjah yang sama ialah isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Diraja Datuk Junaini Kassim,isteri Menteri Pertahanan Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah. Isteri Menteri Dalam Negeri Datin Seri Hamidah Khamis.


dollah yankee -
Pingat pun depa nak 'gagau' ..

2 comments:

  1. Teringat aku gambar2 pemimpin Russia semasa Krushov memerintah dulu. Bila ada sesuatu majlis rasmi, kroni2 Presiden Rusia tersebut mengenakan pakaian baju yang sebelah depannya penuh tergantung dengan pingat darjah kebesaran sampai melondeh. Agaknya tak lama lagi kat Malaysia ni pu akan ada tetamu2 majlis rasmi dengan depan dan belakang baju mereka penuh melekat dengan medal2 yang dianugerahkan oleh pembesar2 negeri dan negara.

    ReplyDelete