suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, October 09, 2014

Bajet Pakatan Rakyat 2015

Selain mempertahankan subsidi golongan berpendapatan rendah, Pakatan Rakyat mencadangkan alternatif kepada rancangan kerajaan melaksana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam Belanjawan 2015 mereka.
Alternatif tersebut adalah menerusi pengenalan Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) dan Cukai Warisan Harta.
Cukai tersebut adalah lebih baik berbanding GST kerana melaluinya golongan kaya akan menanggung beban lebih tinggi.
 “Pengenalan cukai alternatif ini berbeza dari GST yang akan dikenakan secara menyeluruh dan menekan golongan berpendapatan rendah.
 “Kerajaan perlu sedar di sebalik hujah mereka bahawa GST dilaksana di 100 buah negara, 100 negara itu juga memiliki CGT.
 “CGT dikenakan ke atas keuntungan kewangan yang dibuat dalam urusniaga seperti jualan saham, syarikat atau harta, manakala Warisan Harta adalah ke atas pemindahan kekayaan".
Setakat ini Malaysia hanya mempunyai satu CGT dalam bentuk cukai keuntungan tanah dan ia dikenakan ke atas transaksi harta untuk kurang daripada lima tahun.
 “Dengan pengenalan cukai ini, sebanyak RM3 bilion dijangka dapat dikutip pada tahun pertama”.

No comments:

Post a Comment