suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 18, 2014

Pakatan yang masih kukuh



Semasa DAP tidak bersama-sama dengan PAS pada hari penamaan calon DUN Pengkalan Kubur, lalu timbul lah bermacam-macam spekulasi yang tidak enak yang telah kita dengar.

Tetapi Guan Eng telah kata yang DAP mempunyai keyakinan yang penuh, keyakinan yang lebih
100 % dengan jentera-jentera pilihanraya milik PAS. Dia berkata DAP juga tidak menyertai kempen pilihanraya disana kerana PAS mempunyai tenaga kerja yang cukup malah melebihi untuk pilihanraya kecil itu.

DAP tidak punya ramai ahli di Kelantan, malah ahli mereka disana boleh dikira dengan jari dimana DAP hanya ada 238 orang ahli sahaja. Jadi itu ada lah sebab utama mengapa DAP tidak menyertai PAS dan PKR untuk berkempen disana. PAS juga ada lah parti yang memerintah kerajaan negeri. Dari segi geograpi politik pula, PAS lebih arif dengan kawasan-kawasan, strategi dan taktik kempen.

Ini ada lah kali pertama komponen parti PR tidak mengambil bahagian dalam proses penamaan calon dan kempen dalam pilihanraya-pilihanraya kecil.

Biarpun keputusan undi yang bakal berlaku tidak memberi sebarang impak atau kesan kepada DAP, namun spekulasi-spekulasi yang dimain-mainkan menunjukan hubungan DAP dengan PAS sudah rapuh.

dollah yankee -
PAS akan lebih baik dengan Mat Sabu sebagai Presiden.


No comments:

Post a Comment