suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, August 17, 2014

Menunggu Sultan

Sidang_Media_Pas_Pusat

Pakatan Rakyat  tidak perlu berpecah hanya kerana seorang individu bernama ‘Khalid Ibrahim’.
Kerjasama erat selama ini antara PAS, PKR dan DAP seharusnya dipertimbangkan di saat-saat genting ketika ada pihak yang cuba menjadi batu api dan minyak petrol dalam melaga-lagakan persaudaraan yang telah dibina.
Sejarah kerjasama parti-parti komponen Pakatan Rakyat mencatat begitu banyak kenangan yang baik-baik, terutamanya kemenangan besar dalam tsunami politik Mac 2008 serta kejayaan mendapatkan sokongan padu majoriti undi popular dalam PRU ke-13 tahun lalu.
Kita mahu mengingati sejarah untuk peristiwa sedemikian. Kita pastinya tidak mahu diingati sejarah kerana bergolak dan berpecah belah akibat Khalid Ibrahim 'gagap'.
Ramai rakyat bawahan yang gusar apabila mendapat maklumat bahawa ada pihak yang tidak selesa dengan persaudaraan Pakatan Rakyat, namun ‘malu-malu mahu mengaku teringin tidur sebantal dengan umno dan BN’.
Kalau tidak lagi selesa bersama semangat Pakatan demi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama, dan status ekonomi; kenapa mesti malu-malu mahu menyatakan keinginan untuk bersama umno-BN?
Kepada politikus-politikus Pakatan Rakyat yang setia memperjuangkan kepentingan rakyat untuk menzahirkan kesetiaan kepada semangat Pakatan Rakyat dan jika sebaliknya berhajat untuk tidur sebantal dengan Umno, janganlah segan,jangan malu untuk mengaku.
Rakyat bawahan juga merasa amat gumbira dengan berita terbaru apabila dua adun PAS Selangor, iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin, bertindak menyatakan sokongan kepada Wan Azizah selaku MB Selangor yang baru.
Selesai mesyuarat PAS tadi, Saari dan Hasnul hadir bersama-sama semua Adun DAP dan PKR Selangor dalam sidang media bagi menunjukkan Wan Azizah memiliki majoriti yang cukup untuk menjadi MB baru negeri itu.
Sokongan itu sekaligus menamatkan kelayakan Khalid Ibrahim untuk terus memasuki pejabat MB Selangor.
Kita tidak mahu tertulis di nota kaki sejarah sebagai sebuah gabungan politik yang gagal dan berpecah selepas bertahun membina impian dan harapan baru bagi rakyat Malaysia
Dahulukanlah kepentingan rakyat, janganlah sampai Pakatan Rakyat berpecah. Janganlah sampai pakatan politik ini hancur akibat perbuatan seorang 'musibat' yang gagap.
dollah yankee -Semua orang sudah lega dan hanya tunggu sultan balik dari 'makan angin'.

2 comments:

  1. Musibat yg gagap tu lg bagus drpd pakatan yg dh buruk reputasi dlm kalangan rakyat biasa. Sori bai...pr is dead.

    ReplyDelete
  2. Biarlah TSKI mengadap DYMM dan jika betul TSKI hilang majoriti, DYMM kena fikir dan buat keputusan samada nak bubar DUN atau TSKI letak jawatan MBnya serta kabinetnya. Undang2 tubuh tak beri hak Dato Seri Wan Azizah jumpa DYMM hanya TSKI (pi baca undang2 tubuh).
    Bilamana DYMM putus tak mahu bubar DUN, TSKI hendaklah letak jawatan. Masa tu barulah DSWA bole mohon mengadap Tuanku. Kalau DYMM putuskan bubar DUN, takpayahlah DSWA jumpa Tuanku.
    Persoalannya, isu sokongan majoriti nak tunggu DUN bersidang dan dibuat disidang DUN itupun satu isu undang2. Kalau saya punaisihat, saya rasa elok dan sempurna buat masa sessi DUN kerana keputusannya jelas/ muktamad tidak ada sekejap ada majoriti kemudian tak ada majoriti.
    Isunya adalah prosedur. Kalau ada majoriti, prosedurnya seeloknya buat di DUN atau bawah pokok? Ini sekejap sokong kejap kemudian u turn - "binggunglah" DYMM.
    Ikut undang2 Tubuh, DYMM perlu diberi pilihan dulu untuk bubarkan DUN atau tidak, jika tidak barulah TSKI dikehendaki meletakkan jawatannya. Tuanku titah dah tunggu hingga dia balik pada 27 Ogos. TSKI kenalah tunggu dulu. Yang lain tunggulah juga. Bukan begitu? Sementara tu duduk diam2 dan jangan meroyan. Reti bahasa atau tidak? Jika Pakatan ada majoriti, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya.

    ReplyDelete