suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, August 19, 2014

Khalid dah jadi selipar buruk

Bila Khalid Ibrahim mohon maaf kepada semua rakyat Selangor kerana telah menyusahkan mereka, bila Tuanku Sultan kata Khalid tak payah nak naik kapal terbang untuk terbang jumpa dengan Tuanku di seberang laut, bila semua orang dah penerajang Khalid, maka dia tahu dan dah sedar yang dia sekarang dah jadi kasut selipar buruk.

Ribut kini sudah reda bila PR dengan jelas mengatakan mereka hanya mahu Presiden PKR Wan Azizah sebagai MB ganti Khalid biarpun Azmin Ali juga telah dicadangkan (tapi dia tarik diri dan tetap sokong Wan Azizah).

Ribut yang sudah reda itu juga menunjukan kini rakyat Selangor hanya perlu tunggu dan lihat sehingga Tuanku Sultan balik dari 'makan angin' yang dijangka balik tujuh atau lapan hari lagi.

Empat exco negeri Selangor dari PAS pula dikatakan akan meneruskan tugas-tugas mereka macam biasa biarpun enam rakan-rakan mereka dari DAP dan PKR yang telah di'terajang' olih Khalid telah pun memunggah barang-barang mereka dan pejabat mereka juga telah dikosongkan.

Demi kepentingan rakyat negeri Selangor Khalid Ibrahim akan dibiarkan untuk terus menjadi MB sehingga Sultan balik dari 'makan angin' supaya pentadbiran kerajaan negeri dan rakyat tidak terganggu.

Khalid Ibrahim pula yang dikatakan menangis dan menghentak-hentak kaki setelah hilang sokongan seratus peratus dari ahli-ahli dewan undangan pula mula tukar nada bila dia kata dia akan terima sesiapa saja yang telah dan akan dicalunkan sebagai penggantinya.

Anwar Ibrahim pula kata biar lah pergaduhan politik ini diselesaikan olih ahli-ahli politik dan buat sementara waktu ini empat exco dari PAS yang mewakili PR akan bertindak sebagai penjaga rakyat negeri Selangor supaya rakyat negeri Selangor tidak akan terbeban.

dollah yankee -
6 tahun dapat jadi MB tak kan tak cukup lagi Khalid woii...?!

2 comments:

  1. Khalid kata tak cukup lagi..

    dia dah habis beratus juta untuk bantu PKR dalam segala macam kempen dan pilihanraya, bukan duit kerajaan, duit dia sendiri ...dia belum cerita lagi tu...nantilah bila dia dapat perkenan Sultan untuk bubar parlimen, sama sama kita tengok silat dia, boleh tak anu war al juburit tepis..saifuddin dan rafizi dah senyap lama dah..baru sehari dua buat roadshow, khalid berdehem 3 kali terus senyap menikus kedua duanya !!

    Khalid minta maaf tu bukan apa, hanya sekadar sekapur sireh seulas pinang sahaja, adat budaya berbudi bahasa orang Melayu, mmg hakikatnya kekalutan yg menyusahkan rakyat ini senghaja dicipta oleh KETUM Al Juburit supaya rakyat tak pasal pasal jadi 'panas' supaya senang dia 'bakar' dengan harapan rakyat bangkit buat huru hara dan dia akan terbebas dari menjadi penghuni sungai buloh !!
    Atas kerja jahat KETUM al juburi inilah khalid minta maaf, TS Khalid tak buat salah pun pada rakyat, satu repot polis pun tak ada dilapurkan..tak ada mahkamah pun memsabitkan kesalahannya...tapi tiba tiba tok lebai PAS buat pusingan U !!

    ReplyDelete
  2. Jika TSKI buat pilihan bubar DUN untuk menguji kekuatan PR keputusan PRK kelak akan memberi arah halatuju PR yang betul siapakah yang mengkhianati siapa antara PAS dan PKR, dan dari situ juga kita dapat melihat bagaimana ceteknya pengalaman politik TSKI dalam arena politik beliau,hinggakan parti yang dianutinya tidak dapat menerima pimpinan politik yang menjurus kemusnahan parti sendiri.

    ReplyDelete