suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, July 31, 2014

"Tak Tau?"."kami pun tak tau Kah..Kah..Kah..!!!".



Sebelum PRU-13, tak ramai, yang tahu cuma segelintir orang sahaja yang tau tentang 'RAHSIA BESAR' ini. Apa 'RASUAH' yang telah di jolok pada pengamal-pengamal media agar 'RAHSIA BESAR' dalam pertemuan rahsia diantara Anwar Ibrahim, najib Razak, Azmin Ali dan UMNO Selangor tidak didedahkan sehingga 'RAHSIA BESAR' ini berjaya ditutup tidak lah diketahui.

Dalam pertemuan rahsia itu, persetujuan telah dicapai yang Anwar akan masuk semula umno sebagai Timbalan Perdanan Menteri selepas Muhyiddin Yassin di penerajang terlebih dulu, dan dengan cara itu akan membolehkan umno/BN mendapat lebih banyak undi dari PAS dan DAP.

Malangnya pertemuan rahsia untuk membincangkan 'RAHSIA BESAR' itu telah di ketahui olih Tun Mahathir Mohd. Apa lagi naik minyak lah Tun Mahathir lalu dia memeras ugut Najib yang failnya akan di dedahkan kepada umum dan kepada dunia jika dia cuba untuk membawa masuk semula Anwar kedalam umno.

Maka sampai hari ini 'RAHSIA BESAR' dalam pertemuan rahsia itu tetap menjadi rahsia, dan fail-fail mereka yang berkaitan tetap tersimpan rapi dalam peti besi...

dollah yankee-
Macam-macam cerita sudah keluar bila Khalid Ibrahim masih 'ketegaq' dan tak mau keluar dari opis MB.
Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment