suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, July 17, 2014

Naik lagiii !!!

Sebelum raya tahun lepas Anwar Ibrahim telah  berjanji nak bagi turun harga minyak, ptptn lupus, tol akan dikaji, sediakan peluang perniagaan dan pekerjaan. kos sara hidup lebih rendah. pasal itu 52 % rakyat malaysia sokong PR. tapi apa jadi ?
kalau 70 % rakyat msia undi PR pun, kerajaan tetap dipegang BN.... kah kah kah
inilah hakikat yang kita semua terpaksa terima. jangan dok merungut selalu. bayar bayar semua yang ada supaya golongan bangsawan dan politik terus mewah. sebab kita sebagai rakyat yang akan membayar segala kemewahan mereka tu... kah kah kah.
pastikan kita terus sokong polisi ketuanan dan keutuhan umah agar terus berdepan sebagai rakyat miskin.dan terima bantuan subsidi dan BRIM pada masa akan datang. Hidup Melayu...
kah kah kah


Kenaikan Harga Lesen Memandu Tidak Masuk Akal
Kenaikkan harga lesen dari memandu kereta ke tahap RM2000 dan Motorsikal ke tahap RM1000 adalah sangat tidak masuk akal. Kenaikkan mendadak ini juga mendatangkan reaksi negetif dari pelbagai pihak khususnya anak muda.


SAMM Pulau Pinang dengan ini menggesa pihak berwajib supaya kenaikkan ini dibatalkan segera. Pihak kerajaan yang dipimpin Umno Bn juga harus peka dengan permasalahan anak muda dalam keadaan ekonomi yang gawat dengan kenaikan pelbagai harga barang ketika ini.

Apakah tabung negara sudah kontang dikerjakan pihak tertentu hingga memaksa rakyat khususnya anak muda mengeluarkan lebihan wang untuk lesen memandu? 

Pemimpin negara dilihat bermewahan, malah anak menteri dilihat menaiki Lamborghini yang bernilai lebih RM3 juta ringgit. Ketika yang sama anak muda lain pula dihukum dengan kenaikan kadar lesen baru yang amat membebankan.

SAMM P.Pinang membantah kenaikan ini dan akan melancarkan kempen bantahan di peringkat Pulau Pinang dalam pelbagai bentuk aksi. 

Sekian

Afzanizam Hashim
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang

dollah yankee -
KahKahKah..undi lagi BN!!!

2 comments:

  1. Wang negara malaysia banyak dalam saku yb umno bn and the gang, depa hidup menyusahkan rakyat lagi baik mampos duduk dlm neraka sebagai balasan menyamun duit rakyat.

    ReplyDelete
  2. Aku dah kata jang, jangan lawan, kalo nak lawan biar benar, karang ambik kau nah ambik lagi - aku dah x nak sokong PKR maupun PR kecuali yg DAP aku boleh pertimbangkan, merka ni nampak lebih baik. PAS dan PKR ni Melayu yg dg sifat meloyakan ( PHD perasaan hasad dengki, tamak penting diri)

    ReplyDelete