suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, July 21, 2014

Mesra, cepat dan betul??!!

Kalau ianya berkenaan dengan pemimpin umno, laju saja pak polis kita buat kerja. Pagi buat repot dekat polis, tengahari tubuh team malam terus tangkap si penggugut.

Alor Setar: Blogger lelaki berusia 37 tahun yang disyaki membuat ugutan bunuh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, ditahan polis di Lembah Klang pada jam 5.45 petang tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, berkata lelaki berusia 37 tahun dan berasal dari Kedah itu ditahan kira-kira jam 5.45 petang berhubung komen berbaur ugutan dimuat naik melalui laman Fcebook mengguna pakai nama Padi Jantn.
 

Tetapi kalau ianya berkaitan dengan pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat...hampeh !!! dah 2 tahun, apa pun tarak !!!

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap beliau yang diterima melalui Twitter.
Pada Khamis, pengguna Twitter, yang menggunakan twitter @MoonYue18 (Moon Yue) telah menulis: "# DinastyLim # CEC # DAPig @cmlimguaneng penipu! u Mati Minggu depan (Lim Guan Eng adalah penipu dan akan mati minggu depan)".
Dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Jumaat, Lim berkata, beliau terkejut dan bimbang terhadap keselamatannya.
"Peguam saya menasihati saya supaya membuat laporan polis," katanya.

@MoonYue18 turut mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan "Jogja Melayu lu langsi lu Mati" (jangan berlagak atau kamu mati).
dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. mesra, cepat dan betul???!!!

No comments:

Post a Comment