suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 04, 2014

Kutbah Jumaat



Ada sahabat gurkah-gurkah politik di 'port' bagi tahu tengahari tadi semasa jumaat disebuah masjid, khatib jumaat dalam kutbah nya telah memberi pesan dan ingatan kepada jemaah supaya tukar minyak hitam kereta, motor, lori, bas, moto bot dan jangan lupa buat servis sempena dengan kedatangan syawal nanti.

Ingat mengingati dan pesan memesan dari khatib itu pun patut juga kita ingat. Tapi rasa nak gelak pun ada dengan intipati kutbah itu.

Alangkah baiknya jika khatib turut menyelitkan info-info terkini mengenai wabak denggi dan virus JE. Langkah ini rasanya wajar memandangkan musim kemarau yang dijangka panjang sepanjang ramadhan ini. Lebih baik kiranya dalam kutbah itu di ingatkan bahawa musim kering ini begitu berpotensi bagi pembiaklan nyamuk aedes dan risikonya untuk membiak lebih tinggi dalam keadaan cuaca yang kering dan panas ini.

Jadi berhati-hati lah, sebab bimbang tak dapat sambut raya. Mana tahu kena raya dalam hospital. KahKahKah.. naya!

dollah yankee -
Teringat CPO Pulau Pinang bagi kutbah  jumaat, cerita tentang statistik PDRM. Bukan berkutbah, tapi macam bagi taklimat ...Apa pun kutbah jumaat dari Dr Mohd Asri Zainal Abidin juga yang ada 'Roh'!

No comments:

Post a Comment