suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, July 13, 2014

Bangang sebab banyak makan 'kang-kung'



Kalau lah 'musibat' ni sekarang berada di Jerman, dia dah didakwa sekarang dan sekurang-kurangnya 4 tahun dia akan disumbat dalam penjara.

Dia mengakui yang dia adalah peminat pasukan bola sepak Jerman, dan bila Jerman berjaya membelasah Brazil 7-1 pada perlawanan separuh akhir piala dunia hari itu, dia dengan segera meng'tweet'.

Ada kah dia menyokong pasukan Jerman atau cuba memalukan negara Jerman? Sebab makan 'kang-kung' banyak sangat dia jadi bangang dan dia sendiri tak tau apa yang dia buat.

Dibawah undang-undang Jerman sesiapa saja yang mengangungkan Hitler, atau tabik hormat cara Hitler atau menggunakan lambang Nazi ada lah telah melakukan satu kesalahan jenayah yang serius.

Cuba bayangkan jika Thomas Muller akan menjerit "Long Live Hitler" selepas menjaringkan gol. Tau apa yang akan terjadi? Jurulatih mereka akan segera mengeluarkan Muller dari padang, dan tanpa salin pakaian dia akan diterbangkan ke Jerman dengan pesawat yang akan kesana. Esok paginya Muller akan dihentam depan belakang kiri dan kanan olih akhbar-akhbar Jerman. Keluarganya akan menanggung malu yang amat sangat dan peguam negara Jerman tanpa membuang masa akan menunggunya di 'airport'  untuk memfailkan dakwaan jenayah.

Wow..! betoi ka ini semua? memang betoi!!

dollah yankee -
Tak percaya? cuba tanya Mamat Khalid. Dia duduk Jerman lama disana ...

No comments:

Post a Comment