suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, May 25, 2014

Deposit dah hilang



Dollah yankee -
Bukan senang bro .. parlimen Bukit Gelugor ni besar,terlalu besar. Merangkumi Relau sampai ke Air Hitam. Kalau lah kesemua pengundi-pengundi melayu dalam senarai pengundi di-Bukit Gelugor memberikan undi mereka kepada Abu Backer, pun dia tak boleh menang sebab pengundi melayu hanya lah sekitar 12 ribu orang lebih sikit saja daripada total 80 ribu lebih pengundi-pengundi berdaftar.

Kurang 24 jam sebelum pengundian pagi esok, calon bebas paling banyak gimik dalam pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan hari ini mengisytiharkan telah 'menang'.
Beliau malah meninggalkan Bukit Gelugor malam ini bersama penyokong-penyokongnya untuk ke pusat peranginan Langkawi, Kedah.
Menurut beliau calon bebas telah menjadi mangsa kerana tiada harapan menewaskan DAP di tempat yang tidak ditandingi BN. 


No comments:

Post a Comment