suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, March 09, 2014

Koma,belum mati

Ketika seluruh rakyat bercakap-cakap dan ketika sedang cuba memahami apa itu "Kajang Moves", tiba-tiba Mahkamah pada 28 Februari menetapkan 6 dan 7 Mac untuk mendengar rayuan terhadap pembebasan Anwar dalam kes liwat II.
Kelmarin dulu, pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah. Dengan itu, Anwar yang sudah bebas daripada tuduhan pada 9 Januari 2012 oleh Mahkamah Tinggi kini dianggap bersalah pula atas tuduhan tersebut.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.
Sepatutnya lusa ini, 11 Mac, Anwar akan mengemukakan borang pencalonan PRK Kajang. Kini keputusan Mahkamah menghalang Anwar daripada bertanding.
Jadi Anwar tak boleh bertanding dan tak boleh menang, dan tentunya tak boleh menjadi Menteri Besar Selangor; dan pastinya jalan ke arah Putrajaya tertutup terus.
Ketika kalangan Pakatan Rakyat sedang berbalah mengenai Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, pimpinan Barisan Nasional (BN) pula cukup-cukup amat bimbang dengan "Kajang Moves". Sewaktu kalangan Pakatan Rakyat sedang mengatur calun untuk pejabat MB Selangor, pimpinan BN yang berhempas pulas dan pecah otak kerana berfikir mencari formula untuk menahan kemaraan Anwar Ibrahim mula mengorak langkah.
Mereka(umno/BN) tahu Anwar akan berjaya mengorak langkah menuju Putrajaya dengan "Kajang Moves" ini. Kerana ia bererti berakhirnya era BN.
Oleh itu Anwar perlu dimatikan demi mempertahankan kuasa Umno-BN. Kerana itu Anwar berterusan menjadi mangsa konspirasi BN yang menyeksa kehidupan politik dan keluarga beliau.

dollah yankee -
Al'Fatehah untuk karier politik Anwar

2 comments:

  1. UMNO terbukti tidak bersifat gentleman. Lawan hujah secara debat dia takut, PRK Kajang pun takun dgn Anwar. Tepat sekali kata Tun M, busuknya UMNO hingga ke usus!

    ReplyDelete