suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, March 26, 2014

Akan terus panas


Jet MH370 hilang, PRK Kajang pula tak berapa meriah, dan seperti yang dijangka Wan Azizah menang mudah dengan majoriti yang patut kita kagum.

Macam biasa bila keputusan dah keluar, PKR/Pakatan Rakyat ada cerita tersendiri dan BN/MCA pun tak mahu ketinggalan.

MCA kata pengundi-pengundi cina dah balik semula kepangkuan BN/MCA sebab undi mereka daih naik 5% dari PRU13. Manakala PKR/Pakatan Rakyat pula kata pengundi-pengundi melayu bertambah lagi 5%.

Jadi MCA nampak gaya boleh lah minta balik 'post' Menteri Pengangkutan yang menjadi milik MCA selama ini dengan pertambahan 5% pengundi cina yang sokong mereka. PKR/Pakatan Rakyat pula kata dengan pertambahan 5% undi melayu itu, langkah mereka kini semakin yakin untuk ke Putrajaya pada PRU akan datang.

Politik Malaysia akan terus panas dengan PRK Balingian dan juga penantian rayuan hukuman Anwar Ibrahim dan imej Najib yang dah jadi 'dalca'.

Olih sebab Anwar tak boleh jadi MB Selangor maka Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim dan para-para 'balaci' mereka akan terus 'bertokak' dan gigit menggigit. Hari sabtu ini juga akan ada persidangan PKR dimana Khalid Ibrahim tak kan bagi peluang untuk Azmin bila Khalid akan mencabar Azmin untuk jawatan nombor 2 parti. Olih sebab Kak Wan kita tak berapa diyakini boleh menerajui Selangor, gurkah-gurkah politik di'port' ada dengar yang Kak Wan kita akan menyokong Khalid Ibrahim untuk terus jadi MB Selangor.  

Pakatan Rakyat tak akan 'lingkup' jika Anwar terpaksa masuk 'jel', tapi soalan nya siapa yang akan ambil tempat Anwar untuk mengemudi Pakatan Rakyat?

PR pula macam mana? boleh kah PAS,PKR,DAP boleh duduk sekali tanpa gaduh?!

dollah yankee -
Kita pula jangan tuang minyak dan cucuh api sudah lahh ...

3 comments:

  1. Persengketaan dlm BN sebenarnya lebih serius berbanding PR. Ia tetap membara dan menunggu masa untuk menyala. Tidak perlu dituang minyak, ditiup shj akan menyala dgn marak.

    ReplyDelete
  2. jarum bn/umno jarum hikmat jarum sakti,pakatan rakyat pasti mati.

    ReplyDelete
  3. jarum bn/umno jarum LAKNAT jarum SAKIT
    TGGU MASA NAK KENA BALA

    ReplyDelete