suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, January 13, 2014

Tak nak jadi manusia? Jadi lah arnab!

"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.

Ingat kan Hassan Malek saja yang bangang, ropa-ropanya 'bangang' boss dia pun sama naik!. Betul sangat lah kata Mahathir yang tinggal dalam umno sekarang semuanya orang-orang yang bodoh dan bangang sebab yang cerdik, yang bijak, yang pandai semuanya sudah cabut melarikan diri.

Dulu selalu kita dengar profesor kangkung, sekarang kita sudah ada PM kangkung pulak dah. Apa? ingat kami arnab kah nak suruh makan kangkung hari-hari?

Mulai dari hari ini gurkah-gurkah politik di'port' pesan dekat Najib supaya jangan buka mulut, sebab bila dia buka mulut dia akan merapu yang bukan-bukan.

Petrol NAIK, gula NAIK, tambang bas sekolah NAIK, elektrik NAIK, roti benggali NAIK, kote gaji tak NAIK, gas memasak NAIK dan yang TURUN ada lah sayur kangkung. Bagus!!! memang bagus!!! pandai sekali kerajaan Malaysia kita menguruskan kewangan negara.

Mulai hari ini juga rakyat semua kena ingat yang kangkung ada lah sama penting dengan minyak, sama penting dengan gula, sama penting dengan elektrik. Jadi kita semua patut berterima kasih kepada PM kita dan kerajaan BN/umno yang telah berjaya menurunkan harga kangkung.

dollah yankee -
Satu soalan untuk Anwar Ibrahim ... jikalau PR berjaya tawan Putrajaya dan Anwar jadi PM, mampukah dia turunkan harga kangkung?! 
Kah..Kah..Kah.. 

1 comment: