suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, January 29, 2014

KJ mendahului Najib

Pemuda Umno mahukan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memilih calon terbaik berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan ia tidak semestinya daripada MCA. 

Justeru, ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berharap BN tidak terikat dengan formula lama antara komponennya di DUN itu. 

“Kalau kita bertanding kita letak calon terbaik tak kira daripada parti mana. 


..............................................................................

MCA akan meletakkan calonnya untuk bertanding jika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor diadakan, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar).
Beliau berkata selaras dengan semangat dan formula Barisan Nasional (BN), DUN Kajang akan sentiasa menjadi kerusi MCA dan parti perlu bekerja keras jika ingin menawan semula DUN berkenaan yang terlepas ke tangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu.
"Kita (MCA) akan cadangkan nama calon kepada parti komponen BN yang lain selepas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) umumkan bila tarikh (penamaan calon dan) pengundian," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini.
dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. SPR belum pun mesyuarat, umno & BN dah mula gaduh! 

No comments:

Post a Comment