suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, January 28, 2014

Gerakan Tendang Najib diperhebat

Tak apa lah... kita bukan benci parti umno pun, tapi kita benci orang yang pegang jawatan-jawatan besar dalam parti umno yang menjadi penyamun besar.

Tak apa juga lah kalau Anwar yang kita percaya kepada kewibawaan memimpin hanya boleh jadi PM dengan tiket umno. Yang penting disini ialah Anwar mesti memimpin. Dan jika kita percaya Anwar boleh menyatupadukan orang-orang melayu kembali dan menaikan semula martabat orang melayu dengan tiket umno...OK! fine! Tiada sebarang bantahan dari kumpulan gurkah-gurkah politik di'port'.

dollah yankee -
Masa Anwar di universiti dulu lagi dia dah dok canang kata yang dia mahu menjadi PM.

Maklumat sahih dari kem bekas 2 Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyebut, usaha-usaha sedang dibuat untuk membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.
Sumber yang memaklumkan perkara ini kepada aku menyebut bahawa usaha tersebut dibuat memandangkan di dalam UMNO tidak ada pemimpin yang boleh menggantikan Najib Tun Razak jika keputusan dibuat untuk menggantikan Perdana Menteri tersebut.
Lagipun Anwar juga katanya sudah tidak melihat sebarang harapan akan dilantik menjadi Perdana Menteri selagi berada bersama Pakatan Rakyat, memandangkan majoriti orang Melayu masih sukar menerima politik DAP dan PAS pada masa yang sama.
UMNO saja katanya yang membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri pada ketika kepimpinan Najib mula ditolak rakyat Malaysia.
Mahathir dikatakan bersedia melupakan semua masalahnya dengan Anwar, asal sahaja Anwar bersetuju untuk menggantikan Najib, sementara Paklah memang tidak pernah ada masalah dengan Anwar, malah Paklah adalah individu yang bertanggungjawab mengeluarkan Anwar dari penjara pada 2004.
Disebutkan juga bahawa kenyataan Anwar semalam untuk mengadakan rundingan dengan UMNO dalam pelbagai isu berkaitan perpaduan negara, hanyalah alasan pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut untuk memasuki UMNO.
Ini bukan pertama kali Anwar memohon untuk mengadakan rundingan dengan UMNO atas pelbagai isu, sudah beberapa kali puntapi tidak pernah mendapat perhatian dari parti utama orang Melayu tersebut.
Justeru, aku meminta pejabat Ketua Pembangkang agar menjelaskan kebenaran di sebalik dakwaan ini dengan segara bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat berterusan.
Usaha kem Mahathir dan Paklah untuk menggulingkan Najib bukan cerita baru, tapi kita tidak sangka Anwar pula yang jadi pilihan mereka berdua untuk menggantikan Najib di Putrajaya.
Sebaiknya perkara ini dijelaskan dengan segara, rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi di atas.  Sekiranya isu ini ada kebenaran, maka mungkin akan ada perubahan besar pada lanskap politik Malaysia.


Photobucket

2 comments:

  1. Tak salah seseorang itu ber cita cita besar jadi PM , mau pun ber cita cita kecil seperti penjual Kangkong.

    Apa pun rezeki itu di tangan Allah SWT.... "Kun fa ya Kun.. ".

    ReplyDelete
  2. Jangan terperangkap dengan permainan politik UMNO yang dikatakan, mahu menjatuhkan Najib sebagai PM Malaysia dengan memasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dan kemudiannya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM.

    Ok, katakan Anwar bersetuju untuk masuk UMNO. Apakah ada jaminan Anwar dilantik sebagai PM sedangkan dalam masa yang sama Pak Yiddin dan sekutunya pun mengidam menjadi PM. Dan sekirannya Anwar masuk UMNO, PKR akan berpecah, dan yang lebih parah Pakatan Rakyat akan berada dalam huru hara kerana penyatuan DAP dan Pas dalam PR adalah usaha Anwar Ibrahim yang akan dilihat sebagai pembelut kepada pejuang rakyat. Inilah yang dikehendaki oleh UMNO iaitu menghancur PR. Dan Umno akan berkuasa lagi dan lagi sedangkan Anwar Ibrahim akan ditinggalkan bersendirian oleh rakyat yang benci dengan kemasukkan beliau dalam UMNO. Politik ini tidak boleh dilihat selapis. Ianya satu permainan yang banyak lapisannya. Saya kira Anwar Ibrahim bukan bodoh dengan permainan politik ini!!!

    Cucu-cicit Bani Adam

    ReplyDelete