suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, January 19, 2014

Bila mulut tak ada insuran


Perhimpunan mengecam tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai gambar Najib bertukar kecoh apabila seorang penunggang motorsikal yang 'anti umno' telah dipukul teruk.
Perhimpunan anjuran Umno bahagian Bukit Mertajam yang dihadiri kira-kira 200 orang ahli-ahli umno,ahli-ahli pekida dan ahli-ahli perkasa itu diadakan di hadapan Pusat Khidmat Adun Machang Bubuk di Alma, pukul 10.30 pagi tadi.
Tindakan lelaki berusia lewat 30-an yang memang meluat dengan parti umno yang telah memberhentikan motosikalnya ketika melalui kawasan perhimpunan serta menjerit perkataan-perkataan yang telah membangkitkan kemarahan peserta-peserta perhimpunan beberapa kali menyebabkan peserta perhimpunan yang terdiri daripada  jenis 'kepala angin' telah mengejar lelaki terbabit dan telah memukulnya sampai lembik.
Lelaki ini silap! dan bodoh  dan dia memang layak kena 'demah',  sebab dia ingatkan dia ada lah hero dalam filem tamil yang boleh tangkap peluru yang ditembak, boleh terjun banggunan 20 tingkat dengan selamat dan boleh  'fight' dengan 30-40 orang gangster sekali gus. Dia tidak tahu yang kalau dalam keadaan tadi lembu dan gajah pun boleh tumbang kalau kena serbu dengan 200 orang bila dia memberhentikan motorsikalnya dan menjerit kepada peserta perhimpunan ini dengan berkata "UMNO bodoh!, UMNO pukimak, UMNO mangkuk, pi mampuih laa UMNO!".
dollah yankee - Dalam kes macam ni, boleh kah dia 'claim' socso? Kah..Kah..Kah..

1 comment:

  1. Yg pi cari pasal dgn orang tengah mabuk ketum, memang cari penyakitlah

    ReplyDelete