suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, December 06, 2013

Yang turun cuma hujan

Harga rumah naik, harga tiket bas naik, minyak naik, gula naik, bukan itu saja ...tol, tepung, tarif elektrik, cukai pintu dan yuran sekolah pun akan naik tak berapa hari lagi. Naik..naik..dan terus naik.

Bermula Januari ini harga bil elektrik akan mengepalai kenaikan-kenaikan harga yang lain dengan kenaikan diantara 15-17%.

Biarpun rakyat dibawah berteriak sana-sini, memaki hamun, menyumpah seranah namun kerajaan yang kalah kepada Pakatan Rakyat dalam undi popular pada PRU lalu tetap buat-buat pekak! dah laa pekak! cuba pula membodohkan kita semua dengan berkata yang 70% pengguna @ isi rumah tidak akan terkesan dengan kenaikan harga elektrik itu.

70% isi rumah tak akan terkesan? Mak dia punya P*K*!, sebab GST 6% tak payah bayar kah? Tu belum lagi kira rantaian kenaikan-kenaikan benda-benda lain akibat kenaikan elektrik itu.

Bila harga elektrik dah naik, kos pengeluaran juga dah tentu tak turun, bila pos pengeluaran dah naik siapa yang akan tanggung beban itu? Najib? Mahyuddin?. bukan mereka tapi kita! mereka memang tak akan terkesan sebab semuanya BUTA @ percuma @ free. Kita pula? boleh kah kita elak impak akibat kenaikan tarif elektrik itu?

Tunggu saja lah impak yang akan kita tanggung akibat kenaikan ini ...

dollah yankee -
Kena belajar macam mana nak curi elekrik nampak gaya..






No comments:

Post a Comment