suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, December 08, 2013

Najib cuma ajak2 ayam..



Kah..Kah..Kah.. Tun Mahathir 'rewind' semula idea dia ... dalam dewan yang sama, dalam suasana yang sama dan mungkin setengah dari perwakilan pun mungkin masih ada yang sama ...

10 tahun dulu ...

berita tergempar Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengejutkan para pemimpin dan lebih 2000 perwakilan Umno di perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini apabila mengumumkan perletakan jawatannya sebagai presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, sejam kemudian, Dr Mahathir bersetuju menarik keputusannya itu selepas dipujuk oleh para pemimpin majlis tertinggi, Umno, khususnya timbalan presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

10 tahun selepas itu ...
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengesahkan telah melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Petronas, berkuat kuasa kelmarin.
Dr. Mahathir berkata, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Perwakilan Umno hari ini merayu agar Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menerima saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai Penasihat Petronas.Dr Mahathir, ketika ditemui hari ini, berkata akan mempertimbangkan saranan Najib yang juga Presiden Umno untuk kekal sebagai penasihat kepada syarikat petroleum nasional berkenaan.
dollah yankee - Tun kita memang pandai dalam bab bab nak 'test market'... Kah..Kah..Kah..

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    jom layari blog sy
    http://doktorjourney.blogspot.com/

    ReplyDelete