suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, December 31, 2013

2014, tahun ikat perut

Besuk akan bermula tahun baru 2014. Tahun yang suram. Rakyat-rakyat bawahan yang berpendapatan 1,000-2,000 ringgit ke bawah lah yang akan paling teruk kena ikat perut. Mereka akan berhadapan dengan kenaikan tol, kenaikan elektrik. Tambang bas sekolah dan bas-bas awam juga akan naik. Ais batu pun tak mahu ketinggalan untuk dinaikan.

Dan berita yang paling baru diterima ialah mereka ini semua terpaksa bersedia lagi dengan kenaikan minyak petrol.

Bila semua ini terjadi hanya dua benda ... inflasi yang lebih tinggi dari yang diramalkan dan duit dalam poket mereka juga akan 'elek' akan 'bo-liow'.

Bantuan BR1M 600 ringgit? Apa lah sangat yang nak boleh buat dengan 600 ringgit dalam masa satu tahun tu?

Selain dari tekanan dan 'stree' kerana akan selalu bergaduh dengan bini sebab duit, hutang-hutang mereka juga diramal akan bertambah. Gurkah-gurkah politik di'port' meramalkan yang senarai orang-orang yang bankrap juga akan bertambah. Yang miskin akan menjadi fakir, yang fakir akan papa-kedana. Kalau sebelum ini mereka bekerja diantara 8-10 jam, tahun 2014 kita akan lihat mereka -mereka ini akan buat dua kerja. Pendek kata siang kerja, malam pun akan kerja!.

Lagi cepat lah kita semua mamposss!!!

dollah yankee -
Anwar kata " hari ini menang, esok minyak turun harga. Hutang PTPTN tak perlu bayar. Tol akan dimansuhkan!". Tapi mereka tak percaya!!! Padan dengan muka hangpa semua!!!






No comments:

Post a Comment