suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, November 11, 2013

Tak paham aku .. apa punya turr !!!

Bila terbaca kisah gadis sunti ini yang terpaksa ambil periksa SPM dalam penjara, gurkah-gurkah politik di'port' pun mula 'hangat hati'. Dan mula mempersoalkan sistem keadilan di Malaysia ini. Ada kah tindakan pihak yang berkuasa itu wajar atau senang cakap.. ada kah patut?

Dia bukan lah penjenayah besar yang merbahaya. Salah dia cuma mengacukan pisau terhadap abang dia sendiri yang cuba nak memukul dia bila mereka bergaduh adik beradik. Bila abang dia cuba nak pukul, apa yang patut dia buat? Nak biar sampai dia kena kerenyuk setengah mati baru dia nak lawan balik? Gurkah-gurkah ini berpendapat dia hanya cuba mahu mempertahankan diri dari di kerenyuk.

Akibat dari tindakan itu dia telah di reman pada 24hb oktober. Dan kita semua tahu bila seseorang itu di reman atas permintaan polis maka dia dengan serta merta dia dikategorikan sebagai penjenayah. Tak boleh keluar, tak boleh buat apa pun walaupun nak keluar untuk ambil peperiksaan SPM.

Apa kah dia akan menjadi ancaman kepada rakan-rakan sekolah jika dia dibenarkan keluar untuk ambil peperiksaan itu di sekolahnya? walaupun dia diiringi olih pegawai penjara atau pegawai polis?

Tak boleh kah pihak penjara,polis,kementerian pendidikan,pihak sekolah bekerjasama supaya gadis cantik ini dapat mengambil peperiksaan yang sangat penting itu dalam dewan peperiksaan di sekolah tempat dia belajar?

Pengarah Penjara pun ada cakap yang gadis cantik ini tak pernah ada masalah dan tidak pernah mendatangkan apa juga masalah semasa dia dalam reman. Jadi kenapa biar dia ambil periksa dalam penjara? Takut dia lari ka? Takut dia tikam cikgu besaq ka?

Yang menarik ialah bila gadis ini sedang kyusuk menjawab kertas periksa, penjara panggil pula reporter dan jurugambar untuk siarkan cerita ini dalam paper bagi seluruh negara tengok. Bila masuk internet, satu dunia tahu. Baik kah tindakan itu? Patut kah macam tu? Elok kah macam tu? 

Ini lah yang dikatakan 'mangkuk hayun'!

dollah yankee -
Bunuh orang, rogol orang pun boleh jamin keluar ...

6 comments:

  1. Aduh begaduh adik beradik takda sapa mati pun sampai direman sampai amik SPM dlm tahanan camlah pembunuh tegar. Ada 1 negara tu pembunuh boleh jadi PM lagi, polis yg membunuh bebas...ishhh..ishhh..ishhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting Malaysia aman sentosa bro. KAH KAH KAH KAH

      Delete
  2. It's ok la bro...buka aib orang, nanti dapat derang balasan gak insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Tunggu!!!!!!!!!!!!!!,!!!!!!!!!!!,!!!!??,????????

    ReplyDelete
  4. Dalam hal ini adik kita layak saman bloger yg menyiarkan berita ini ,ini hak dia sama dek lepas ini minta nasihat pegeuam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa anon 04:45am ni ckp? Bloger yg siarkan ni masuk dlm penjara ke amik gambar adik ni jawab kertas peperikasaan? Bloger ni siarkan setelah pihak penjara memanggil wartawan utk dihebahkan sebagai bahan berita.. hoii anon fikirlah senang2 ke org luar nak masuk amik gambar dlm penjara klau tak pihak penjara yg membenarkannya...

      Delete