suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, November 13, 2013

Perhimpunan politik: Hari tu PAU,kini muktamar PAS

Ini lah dia calon Naib presiden PAS dalam muktamar yang bakal berlangsung,Hussam Musa. Gurkah-gurkah politik di'port' kata sesekali bila kita 'ushar' misai dia, lebih kurang macam misai Hitler ... Kah..Kah..Kah..

Penyokong-penyokong dan orang-orang kuat dia dalam PAS mula-mula hari tu dah pukul canang kata Hussam nak lawan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden. Mungkin ramai yang perasan bahawa Hussam bukan lah ahli politik yang gelojoh untuk jawatan. Biar pun satu ketika dulu bintang dia di lihat bersinar dengan hebat sekali dan dia juga dilihat adalah orang yang paling sesuai untuk ganti TG Nik Aziz sebagai MB, tapi mungkin masih belum ada rezeki agaknya.

Mutakhir ini Hussam dilihat seperti semakin diketepikan. Namun itu tak bermakna yang karier politik dia akan berakhir sebab gurkah-gurkah disini percaya yang Hussam jenis manusia yang percaya kepada kesabaran sebab 'at last' dia sendiri umum yang dia tak akan lawan dengan Mat Sabu, dia hanya mahu mempertahankan jawatan Naib Presiden.

Kalau ditanya kepada gurkah-gurkah ini tentang politik Hussam, mereka akan berkata dia ada lah antara ahli politik yang bijak. Biarpun pada hari ini Hussam ... kalau dia diibaratkan seperti seorang bintang bola sepak, dia macam Ronaldhino dari Brazil. Seorang bintang besar tapi semakin malap.

Kalau dilihat kepada calon-calon Naib Presiden pada muktamar itu nanti seperti Mahfoz Omar, Salahudin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man, kedudukan Hussam memang goyah. Tapi macam yang dikata Hussam bukan lah ahli politik yang gelojoh, dia percaya esok sentiasa ada. Sebab itu lah dia kata dia biarkan Allah SWT yang tentukan. Ada rezeki ada lah ... kalau tak ada rezeki pun tak apa, yang penting perjuangan untuk rakyat tetap akan di teruskan.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah disini tetap pilih abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. 




No comments:

Post a Comment