suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, November 22, 2013

Jangan bunuh Mat Sabu!


Perwakilan pada muktamar Pas nanti tidak ada pilihan,hanya ada dua. 
Untuk terus maju ke depan, perwakilan pada muktamar itu nanti mesti kena pilih Mat Sabu. Kalau perwakilan dan penyokong-penyokong PAS nak PAS berjalan mengundur ke belakang, mereka boleh pilih dan sokong Nik Amar. 

Tanya lah pada semua orang kecuali orang-orang umno. Semua orang kalau boleh mahu kan hukuman hudud di-laksanakan. Jika Nik Amar yang mewakili kumpulan-kumpulan ulamak yang di pilih, tak semestinya hukum hudud boleh dilaksanakan. Memilih ulamak dalam
 pas bukan menjadi lesen hudud bakal dilaksanakan di Kelantan. Halangan perlaksanaan hukuman hudud bukan lah Mat Sabu, tetapi undang-undang persekutuan yang sentiasa dilindungi oleh umno.

Umno pun tahu yang jika Mat Sabu yang menjadi pilihan perwakilan pada muktamar itu nanti, maka umno akan terus resah,kecewa,putus asa dan lemah. Sebaliknya jika Nik Amar pula yang dipilih,Pakatan Rakyat akan menjadi lemah malah pas sendiri akan ditinggalkan oleh golongan-golongan muda dan profesional. Kesannya umno akan menjadi kuat kembali, malah kedudukan Pas di Kelantan juga belum tentu boleh selamat. Silap haribulan Pas boleh 'terkangkang'. Jika musuh (umno) suka, maknanya ia tidak baik untuk Pas, tidak bagus untuk Pakatan Rakyat. Sebaliknya jika musuh tak suka,ini bermaksud ia baik untuk pas dan baik juga untuk Pakatan Rakyat, malah ianya pasti akan melemahkan umno.

Sejarah perlu diingat... Pas Kelantan pernah menang hanya satu kerusi DUN dari BN. Jika ditakdirkan Pas keluar dari Pakatan Rakyat, penyokong-penyokong Pas yang pro Mat Sabu akan lari kepada Parti Keadilan Rakyat atau sebahagian dari mereka yang profesional tidak mustahil akan ikut Dap sebab Lim Guan Eng pun seorang ahli politik yang hebat. Undi sudah tentu akan berpecah dan kesannya umno akan menang banyak kerusi di Kelantan nanti. 

Akhirnya Pas akan kalah kerana strategi mereka yang mengundur ke belakang.

dollah yankee -
Tak semestinya yang berjanggut,yang berketayap, yang berserban saja yang perlu ada dalam barisan tertinggi Pas. Orang macam Mat Sabu sangat-sangat diperlukan.

No comments:

Post a Comment