suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 10, 2013

Guan Eng terbaikk! Khalid Ibrahim pun terbaikk!!

Kerajaan Negeri Penang dah pun buat projek ini sejak ambil alih kerajaan negeri, tapi cuma sekali 'payment' sahaja. Tapi kelebihan nya ialah bila mati pun dapat duit.
Dan projek dari Khalid Ibrahim ini gurkah-gurkah politik di'port' nampak lebih baik. Olih itu gurkah-gurkah ini nak sarankan supaya  Guan Eng lawan Khalid Ibrahim dengan meng'improved'kan lagi projek anak emas mereka.

TAWAS atau Tabung Warisan Anak Selangor. Setiap anak yang baru lahir akan mendapat pelaburan percuma sebanyak RM 100. Dan apabila anak tadi genap usianya 18 tahun, dia akan mendapat RM 1,500.

Kaunter TAWAS ada dimana-mana, supermarket, kilang-kilang, dan tempat-tempat yang strategik yang membolehkan orang ramai menjumpainya dan mendaftarkan bayi mereka.

Apa yang malang ialah Kementerian Kesihatan telah bermain politik 'haram-jadah' bila permintaan TAWAS untuk membuka kaunter di Hospital-hospital kerajaan BN/umno telah ditolak. Ini lah dia perjuangan kerajaan BN/umno...benda-benda yang baik untuk rakyat akan ditolak, tapi kalau bab nak men'cekik' rakyat, nak bagi rakyat mamposs mereka lah numero uno.

'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih', itu yang diperaktikkan oleh kerajaan PR Selangor, biarpun tidak mendapat kerjasama dari kementerian kesihatan untuk membuka kaunter TAWAS di hospital-hospital, mereka telah menubuhkan satu 'team' yang akan keluar untuk bertemu dengan rakyat secara langsung bagi menyalurkan bantuan TAWAS itu. Disamping itu wakil-wakil masyarakat juga akan turut memainkan peranan mereka untuk menyalurkan bantuan TAWAS itu.

dollah yankee -
Dua-dua pun terbaikkkk!!!


No comments:

Post a Comment