suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, November 09, 2013

Bila pihak yang berkuasa 'Halai-Balai' macam p*k*mak!

Di Singapura, kalau sesiapa yang nak jadi 'guard' terpaksa melalui tapisan dan terpaksa di interview olih pihak CID. Tak ada masalah, bukan setakat CID,kalau Ketua Polis nak interview sekalipun ada orang sanggup sebab gaji 'pak guard' disana berkali-kali lipat dari di sini.

Selepas kejadian rompak dan bunuh di AM Bank olih 'musibat' diatas, pakat-pakat kalut semua orang. Polis, KDN, Imigresen, Jabatan Pendaftaran dan lain-lain lagi terpaksa kerja 'over time'.

Patutkah kita semua menyalahkan syarikat-syarikat kawalan keselamatan dalam perkara memproses atau menapis pemohon-pemohon yang memohon nak jadi 'guard'? Sebab ada sumber maklumat kata proses menapis pemohon yang nak jadi 'guard' boleh dilakukan melalui on-line, tak perlu pun bawa 'guard' ini ke balai polis. Kah..Kah..Kah.. nak tapis macam mana kalau melalui on-line?

Kalau ditanya pada gurkah-gurkah politik di'port' tentang perkara 'guard' ini, mereka berpendapat mulai hari ini atau semenjak 3 kejadian dalam masa seminggu yang menyaksikan 'guard' sendiri yang samun tempat yang dikawal/dijaga mereka, syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang ada menggaji 'guard-guard', tak kira lah orang tempatan atau orang pendatang asing, majikan hendak lah melakukan tapisan yang menyeluruh dan terperinci terhadap 'guard-guard' yang ada dalam syarikat mereka untuk mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan terhadap syarikat-syarikat kawalan keselamatan atau sebelum ada lagi 'nasi yang jadi bubur'.

Dan kepada KDN pula selaku pihak yang mengeluarkan lesen jangan lah mem'praktik 2 buku undang-undang, KDN perlu adil. Mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang didapati ada menggaji 'guard-guard' pendatang haram, dakwa lah mereka di mahkamah, tarik balik lesen mereka. Jangan tutup sebelah mata kalau tuan punya syarikat-syarikat keselamatan tu terdiri dari orang-orang umno atau bekas-bekas 'big-shot' dalam polis atau tentera.

Nak lagi elok, bayar gaji tinggi sikit dekat orang-orang tempatan yang memohon nak jadi 'guard'. Jangan bayar 'ciput' lepas tu suruh kawan tu kerja sampai tiga belas empat belas jam satu hari, sampai tiga puluh hari 'non-stop'. Cuti tak dak, rehat tak dak. Adik beradik mati pun tak boleh nak melawat sebab kena kerja. Jangan buat 'stail' ada kerja ada gaji. EPF potong tapi tak masuk, SOCSO potong tapi tak carum, bila jadi apa-apa majikan cuma bagi 200 ringgit sebagai saguhati. Saguhatu puki-mak hangpa!!!

dollah yankee -
Dalam bercerita tentang 'Pak Guard' ni... hanya 'Pak Guard' yang kena maki maki dengan bini Mat Yo saja yang cukup 'famous'. 'Famous' hanya dalam satu malam. Semua orang yang jumpa dengan dia, semua orang nak tangkap gambar. Sampai dah di-'offer' jadi bintang pilim.. Kah..Kah..Kah...


2 comments:

  1. Tapis dulu syarikat2 kawalan keselamatan yang terang2
    bermasalah tapi masih diberi tender kerana menggunakan
    nama syarikat keselamatan yang baru pada hal kepala
    syarikat tu sebelumnya bermasalah.Inilah padahnya bila amalan RASUAH diamalkan oleh pihak tertentu.
    Jahanam negaraku bila amalan ini diamalkan dan tiada
    ketelusan dalam membenteras gejala ini.Kena sengsara lagi 5 tahun!

    ReplyDelete
  2. saya sebagai pengawal keselamatan amat bersetuju dgn pendapat saudara. Seperkara lagi mesti diwajibkan pengawal yg memohon lesen senjata perlu menjalani latihan menembak setahun sekali. Terdapat pengawal yg dah bertugas 10 tahun lebih tak pernah menjalani latihan menembak.

    ReplyDelete