suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, November 24, 2013

Abang Mat...



Bila ada berita-berita dan cerita-cerita dari akhbar-akhbar tempatan yang dikeluarkan tentang pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat, cerita atau berita apa juga tentang Mat Sabu lah yang selalu dan sering mendahului lain-lain pemimpin yang ada dari PAS atau Pakatan Rakyat.

Kalau Mat Sabu dah dapat pegang mikrofon pada mana-mana ceramah ... tak payah cerita lah keadaan nya suasana itu

Dalam kepimpinan Pakatan Rakyat atau PAS juga, Mat Sabu ada lah pemimpin yang senang diajak berunding untuk bekerjasama.

Keupayaan Mat Sabu untuk mengumpulkan orang ramai dan rakyat jelata untuk menggerakan sesuatu perhimpunan memang tak dapat dinafikan dan tak ada sesiapa yang mampu menewaskan nya. Itu lah kelebihan Mat Sabu yang tak ada pada orang lain. Senang cakap, kalau nak buat demo besar-besaran atau demo untuk turun ke jalan raya, lantik lah Mat Sabu sebagai 'chairman'. Kalau setakat nak kumpul 20,000 orang untuk berdemo, cina cakap 'sab-sab suey' bagi Mat Sabu.

Namun begitu pengundi-pengundi di parlimen Pendang,Kedah memang semuanya bangang dan mangkuk hayun sebab tak mahu memenangkan Mat Sabu disana pada PRU lepas kerana telah diperdaya dengan bermacam-macam cerita yang dibawa olih umno siang dan malam semasa dua minggu kempen berjalan. Jika tidak pasti lah kita semua dapat tengok menteri-menteri umno/BN dalam sesi parlimen akan panas bontot dengan adanya Mat Sabu.

Sebelum muktamar PAS ini berlangsung Mat Sabu telah diserang habis-habisan untuk membunuh beliau olih team propaganda dari parti musuh@umno, dan Mat Sabu telah masuk ke gelanggang dengan kecederaan yang agak parah. Tetapi mereka lupa yang Mat Sabu adalah ayam sabung jantan yang akan terus melawan hingga mati.

dollah yankee -
Menunggu Mat Sabu turun ke jalan raya dalam demo anti TPPA dan GST

No comments:

Post a Comment