suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, October 22, 2013

PAU 13: Akibat perwakilan yang bangang

Seperti ada yang ditulis olih ramai para blogawan, pemilihan UMNO kali ini ialah perlawanan antara penyandang dengan pencabar. Berat sebelah, kerana perwakilan UMNO (yang hampir semua bangang) seringkali memperlihatkan sifat setia dan lembu dicucuk hidung dan tetap memberi muka kepada penyandang, tidak kiralah betapa teruknya prestasi sang penyandang. Untuk jawatan Presiden danTimbalan Presiden tak payah cakap lah sebab tak ada siapa yang berani lawan, macam juga dengan jawatan Naib presiden. Yang lawan pun semua jenis yang kitar semula.

Lihat sahaja bagaimana perwakilan-perwakilan wanita UMNO yang tetap mahu mengekalkan Kak Ijat sebagai kapitan dan pengembala mereka, meski timbalannya dulu meroyan macam orang gila dan berkoyan-koyan pula kesedihan nya bila ketua mereka dipanggil lembu. Sebut saja lembu teringat UMNO, sebut UMNO teringat lembu. Kah..kah..Kah..

Masa hari raya bila time sembelih lembu korban pun berdekah-dekah orang ketawa dan para-para pak imam-pak imam pula pandai juga melawak bila ditanya tengah buat apa tu? lalu dijawab tengah sembelih UMNO. Begitu pun dahsyat penghinaan terhadap UMNO angkara ‘lembu’; Kak Ijat tetap juga dipilih kembali menjadi Ketua Wanita.


Lihat pula penyandang jawatan Ketua Pemuda yang segak bergaya lagi 'macho'. Kemudian lihat pula siapa yang mencabar dia. Aduh!!!, macam liga sepak-bola team division satu lawan dengan team tak ada division. Nak lawan macam mana? 'At the end of the day', KJ kerenyeh sampai ke telinga kerana kekal di jawatan yang sama. Yang mencabar KJ pula kena bersiap sedia lah sebab mereka akan mati, mati kerana akan tercantas dan dicantas dan terhalang lah kemajuan kerjaya politik mereka. 

Demikian nasib politisi UMNO bergelumang dalam real politiknya yang begitu ganas dan 'brutal' akibat dari ramai perwakilan-perwakilan (ahli-ahli umno) yang terdiri dari orang-orang bodoh macam kata Tun Mahathir. Kah..Kah..Kah.. 

dollah yankee -
Okeyyy..'kita concentrate' PRK DUN Sg.Limau pula ...

No comments:

Post a Comment