suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, October 22, 2013

Mangsa banjir bertengkar sesama sendiri sebab Guan Eng

dollah yankee -
Guan Eng telah menjalankan tanggung jawabnya sebagai pemimpin bila meredah banjir untuk melakukan lawatan mengejut dengan empat lima orang 'team'nya ke Permatang Suboh untuk meninjau mangsa-mangsa banjir empat lima hari yang lalu tanpa memberitahu sesiapa yang berkenaan akan kedatangang nya itu.

Setelah meninjau dan melawat mangsa-mangsa banjir itu beliau juga singgah di rumah yang ditugaskan untuk memasak makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan kampung itu.

Kebetulan Guan Eng juga masih belum 'lunch' ketika melakukan lawatan itu dan dia tidak menolak undangan untuk makan tengahari apabila di semawa.

Selepas dia pulang, mangsa-mangsa banjir kampung itu bertengkar sesama sendiri kerana ada yang marah sebab hidangan itu berupa "kuah taruh atas" dan dihidang hanya dalam pinggan plastik dan tidak sepatutnya dihidang untuk seorang pemimpin. Manakala yang menghidang hidangan itu mempertahankan diri mengatakan Guan Eng dan 'team'nya yang empat lima orang itu yang ambil sendiri pinggan yang ada disana dan menceduk sendiri lauk pauk itu.
Kah..Kah..Kah..

5 comments:

  1. apapun sudah terang lagi bersuluh akan keprihatinan LGE tanpa mengira bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  2. yg marah tu pasti ahli ahli UMNGOK !!

    ReplyDelete
  3. dari permehatian saya rakyat biasa ini,semua pemimpin pakatan rakyat bersikap begini,bermewah bukan cara mereka,mereka begitu hampir dgn rakyat dan menjadikan rakyat lebih yakin wang rakyat di uruskan dgn baik,rakyat lebih menghormati pemimpin sebegini!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah masih juga wujud pemimpin begini..namun alangkah indahnya kalau pemimpin yang mengaku Islam pulak yang mcm nikan lbh afdal..namun apa2 pun tahniah kpd pnduduk penang sbb dapat CM yang bagus mcm ni..

    ReplyDelete
  5. Bagi aku pemimpin pakatan berjiwa rakyat...tak mengenal agama dan bangsa...insyallah akan trbentuknya kerajaan sebgini suatu hari nanti dgn izin allah..

    ReplyDelete