suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, October 03, 2013

Ketua Audit Negara pun dah letih ...

Ini lah Malaysia-Ku .. Malaysia Boleh !.. macam-macam ada. Satu campur satu boleh jadi sebelas, yang tak boleh, boleh jadi boleh, yang haram boleh jadi halal, benda yang betul akan dikata tak betul ..

Lihat apa Ketua Audit Negara kata ..
Permasalahan utama yang tidak dapat dinafikan dalam Laporan Ketua Audit Negara semalam adalah rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah sehingga atas.
Bukan hanya rakyat perlu bimbang terhadap ahli politik yang rasuah tetapi juga penjawat awam daripada atas hingga ke bawah yang terlibat sama.
Bagaimana mahu dijelaskan terhadap hampir RM200 juta yang dibelanjakan bagi mesin pelupusan sampah tanpa mengetahui cara mengendalikannya atau RM3,000 untuk jam dinding atau kasut yang tidak boleh digunakan kerana pembuatannya tidak memenuhi spesifikasi
Wang dibelanjakan dan disia-siakan begitu sahaja. Dan penyakit ini menjangkiti setiap kementerian, syarikat berkaitan kerajaan dan institusi di seluruh negara.
Mungkin ia tidak dapat dielakkan kerana penjawat awam menyaksikan bagaimana ahli politik licik menipu sistem untuk selama beberapa dekad dan melepaskan diri.
 
Lihat pula apa menteri di JPM cuba mem'bodohkan kita ..
 
KUALA LUMPUR - Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Shahidan menafikan dakwaan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan menegaskan dakwaan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana akan memberi kesan kepada pihak lain.
Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Menurut Shahidan, mana-mana pihak yang ingin menyatakan pandangan harus mempunyai fakta yang tepat supaya tidak mengelirukan penerima maklumat.
 
Dan nampaknya menteri ini cuba mempersoalkan kredibiliti Ketua Audit Negara ...
dollah yankee -
Nampak gaya tak lama lagi Ketua Audit Negara ini boleh ucap sayonara!

No comments:

Post a Comment