suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, October 17, 2013

Jenayah rasuah olih pak-pak menteri kena hapus dulu ...

 
 
Jenayah seperti ragut, rompakan, penculikan dan pembunuhan boleh dikatakan hari-hari berlaku.

Bagi mengelakkan agar jenayah seperti ini berlaku adalah dicadangkan pengunaan cermin gelap dibenarkan kembali. Keduanya agar duti impot cermin tangkis peluru (bullet proof) dikurangkan dan begitu juga CCTV untuk pengunaan kenderaan dikurangkan harganya.

Pada masa yang sama, lampu isyarat saperti kawasan-kawasan yang agak sunyi dan tidak sibuk dipakaikan 'hazard light' apabila tepat jam 11.00 malam hingga 6.00 pagi. Ini adalah kerana sering berlakunya rompakan dan tembakan ke arah mangsa apabila kereta berhenti ditempat-tempat adanya lampu isyarat.

Yang paling dibimbangi oleh masyarakat ketika ini adalah sasaran pembunuh upahan yang tanpa usul periksa lagi membunuh mangsanya mengikut wajah dalam gambar yang telah diberikan sebagaimana yang diarahkan. Tidak mustahil orang lain pula yang menjadi mangsa kekejaman jenayah yang semakin membimbangkan ini hanya kerana mempunyai wajah 'pelanduk dua serupa'.

Kerajaan juga mungkin boleh memikirkan memberi kebenaran membawa senjata tertentu sebagai perlindungan. Rakyat diboleh dengan syarat-syarat tertentu saperti mendapatkan permit atau seumpamanya daripada pihak KDN ataupun Polis.

Dalam masa yang sama dicadangkan supaya pihak Polis membuat pemeriksaan mengejut secara rambang contohnya setiap 100 kenderaan yang mengunakan lebuh diperiksa. Untuk keenderaan pengangkutan pula disyorkan setiap 50 buah kontiner atau lori 'trailer' turut diperiksakan juga. Cara ini dipraktikkan di sesetengah negara maju dan sangat berkesan untuk membasmikan jenayah di negara mereka.

Walau bagaimanapun diucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia yang berusaha mengawal dan menjaga ketenteraman awam negara untuk mengembalikan keyakinan rakyat saperti sedia kala.

dollah yankee -
yang ni betoi-betoi punya ka..atau pelakon-pelakon Yusuf Haslam?
 

No comments:

Post a Comment