suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, October 19, 2013

Jelutong:Tipu tak tau lah .. tapi men'curiga'kan!

Hari ini jam 9 pagi nanti, umno di bahagian Jelutong,Penang akan mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian nya yang berlangsung di Bayview Beach Resort,Batu Feringghi.

Pemilihan peringkat sayap UMNO bahagian itu sudah berlalu minggu lepas. Walaupun pihak tertentu menyatakan tiada unsur 'rasuah politik' atau 'politik wang' dilaporkan berlaku, namun kenyataannya adalah sebaliknya. Politik wang masih tetap berlaku dari dulu,kini dan akan berlaku selamanya. Selain politik wang, ada pula perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya berlaku tetapi tetap dilakukan demi mahukan kuasa dan jawatan. Umpamanya, melihat anggota perwakilan mengundi siapa atau memberi 'arahan' untuk mengundi siapa dan calon-calon tertentu.
 
Foto berikut yang dirakam olih 'hantu' kepada gurkah-gurkah politik yang di'port' pada semasa mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Bahagian Jelutong itu mengadakan pemilihan mereka menunjukkan wakil 'pemantau' yang dilantik ketua bahagian, Abdul Razak Rahman, jelas kelihatan melihat dari belakang anggota perwakilan yang sedang mengundi. Ada maklumat yang menyatakan wakil pemantau itu turut memberi arahan atau 'tunjuk ajar' untuk mengundi calon-calon tertentu. Perkara serupa juga berlaku pada pemilihan Pemuda dan Puteri peringkat bahagian itu. Ibu Pejabat UMNO tidak teringin kah nak menyiasat apa yang berlaku di bahagian Jelutong ini dan mengambil tindakan sewajarnya jika ia didapati benar. Ketelusan dan integriti UMNO mesti dipertahankan jika pucuk pimpinan parti ingin melihat kelangsungan parti itu.

dollah yankee -
Lebih baik panggil 'Baba Gila' jadi Ketua Bahagian Jelutong. Kah..Kah..Kah..


1 comment:

  1. Ini undi jenis apa ni...boleh pulak diarah2..dan boleh pulak jenguk2...mmg tak valid la kalau mcm ni...

    ReplyDelete