suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, October 25, 2013

Hari ke-3 PRK Sg.Limau


Mukhriz sekarang ini masih berkabung dan sangat-sangat kecewa serta sedang patah hati akibat penolakan dari perwakilan dalam dalam usahanya untuk menjadi PM kerana para perwakilan hari itu (pemilihan umno 2013) tidak mahu bersamanya melakukan perubahan untuk "Berani Berubah".

Biarpun keputusan pada PRK Sg.Limau ini tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kerajaan negeri jika ahli-ahli PAS dan pengundi-pengundi PAS disana masih tetap lagi setia dengan pendirian mereka seperti mana yang dilakarkan olih mereka pada PRU13 dulu, namun hati Mukhriz akan sedikit terubat jika umno-BN berjaya mencuri kerusi yang ditinggalkan olih arwah ustaz Azizan itu dan boleh lah Mukhriz mendabik dada serta canang ke seluruh alam bahawa dia ada lah yang terbaik.

Gurkah-gurkah politik di'port' ingin mengingatkan kepada semua pengundi-pengundi disana bahawa pertarungan ini ada lah pertarungan yang melibatkan maruah. Jika memberikan kemenangan kepada umno-BN, maka ini ertinya pengundi-pengundi di Sg.Limau tidak ada maruah kerana telah bersetuju dan menyokong segala salah laku, rasuah, budaya hendonisme, budaya samseng, setuju dengan kenaikan-kenaikan kos sara hidup, dan sebagainya yang membebankan rakyat.

Jika pengundi-pengundi disana masih mahukan apa yang mereka pilih pada PRU13 dulu sekurang-kurangnya mereka telah memberi amaran kepada kerajaan dan umno-BN khasnya bahawa segala tindak tanduk mereka(umno-BN) sentiasa dinilai rakyat agar jangan berbuat sesuka hati dan menganggap negara ini kepunyaan 'Pak tiri laki mak depa' punya kerana walaupun tinggal di Sg.Limau namun pengundi-pengundi disini semuanya bermaklumat dan dan tahu hak-hak mereka sebagai pembayar cukai.

Demi masa depan generasi Malaysia dan maruah PAS khasnya, kekalkan lah kerusi itu yang sejak 1995 dan juga demi mengenangkan jasa-jasa arwah ustaz Azizan kita.

dollah yankee -
Hari ini rating PAS disana masih lagi 65%...





 

No comments:

Post a Comment