suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, October 16, 2013


Berjuta orang telah berada di Arafah minggu ini. Jemaah dari Malaysia saja berpuluh ribu orang. Yang miskin, yang kaya, yang senang, yang susah, yang tua, yang muda, yang duda, yang janda, pak menteri, makcik-pakcik dari felda, dan lain-lain lagi.

Kedatangan jemaah-jemaah haji dari Malaysia ini telah mendapat perhatian dari dua Malaikat. Keda-dua Malaikat ini berbual dan berbincang tentang jemaah-jemaah haji dari Malaysia yang menunaikan rukun islam yang ke-lima ini.

Malaikat itu bertanya kepada seorang lagi Malaikat. "Berapa banyak Jemaah haji dari Malaysia yang telah mendapat haji mabrur dan di terima hajinya olih Allah SWT tahun ini?". Lalu dijawab olih Malaikat yang seorang lagi itu,"Tahun ini berjuta orang yang telah datang ke Tanah suci ini, dari Malaysia saja berpuluh ribu orang tetapi hanya dua orang saja yang telah mendapat haji mabrur dan di terima amalan haji nya olih Allah SWT. Dan seorang daripada yang dua orang yang mendapat haji mabrur dan diterima ibadat haji nya olih Allah ini tak jijak pun kakinya ke Tanah suci sini, sebab dia telah memberikan kesemua wang simpanan yang di-simpan nya dalam Tabung Haji untuk menunaikan haji itu kepada seorang jiran nya yang sedang kesusahan kerana ditimpa musibah."

dollah yankee -
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak






No comments:

Post a Comment