suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, September 23, 2013

Tukar ic biru jadi merah dan tak payah undi,habis cerita !



Setelah satu tahun lebih mereka mendengar pengakuan daripada 211 saksi berhubung dengan projek ic Sabah, semua ahli panel yang mendengar itu kini mati akal dan sudah tak boleh pikir lagi kerana pendengaran itu sudah tamat hari ini.

Yang jelas adalah pemberian kad pengenalan kepada pendatang-pendatang haram itu telah dibuat ikut suka hati mak bapak mereka yang berkenaan.

Dalam 211 saksi yang dipanggil, tiada seorang pun yang telah menawarkan formula bagaimana mahu menyelesaikan atau mencuci taik-taik yang telah diberak itu.

Banyak VIP yang dipanggil untuk memberi keterangan telah bercerita bagaimana kad pengenalan telah dikeluarkan dan mereka itu telah didaftarkan sebagai pengundi-pengundi secara automatik.

Salah seorang saksi paling penting dalam RCI ini, Ab Mutalib Mohd Daud yang juga merupakan Setiausaha Bahagian umno Silam pula sakit jantung dan mati dua hari sebelum memberi keterangan.

Mutalib ini telah buku mendedahkan bagaimana pemberian kad pengenalan ini kepada para pendatang seterusnya didaftarkan sebagai pengundi dengan menggunakan kod projek M atau projek ic. M adalah kod untuk nama Mahathir.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara pula mengaku kepada panel RCI ini bahawa kira-kira 113,000 kad pengenalan yang dikeluarkan kepada pendatang ini diragui kesahehannya.

Apa yang jelas dan pasti ialan nama Mahathir dan arwah Megat Junid yang paling kerap ditimbulkan olih antara 211 saksi-saksi yang telah memberikan keterangan mereka.

Sebelum itu Dr Mahathir juga telah dipanggil untuk memberikan keterangan, tapi tiada apa-apa maklumat yang berguna sebab dia sudah tua dan nyanyuk dan menjadi melayu mudah lupa, jadi dia kata dia tidak tahu langsung tentang projek ic ini dan dia cuba untuk palitkan taik yang diberak itu ke-atas kepala Anwar.

Anwar Ibrahim pula semasa memberikan keterangan telah berjaya mengelak dari palitan taik yang cuba dipalit olih Dr.Mahathir itu dengan berkata mustahil projek besar ini Dr Mahathir tidak tahu sebab masa itu Dr.Mhahathir juga adalah menteri KDN.

Pendatang-pendatang haram ini yang telah menerima kad pengenalan mereka memberitahu bagaimana mereka menerima kad-kad pengenalan mereka di kedai-kedai kopi dan di kampong mereka bukan nya di pejabat-pejabat pendaftaran.

Sekarang ini giliran para panel itu pulak yang sakit perut dan sakit otak untuk melihat semula keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang telah mereka dengar dari 211 saksi-saksi itu sebelum mereka membuat apa-apa juga keputusan.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah di'port' pula kata...akhir sekali ialah "apa pun tak dak !!!".

No comments:

Post a Comment