suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, September 27, 2013

Terima Kasih banyak-banyak!!!

RON95 naik lagi?

Bila Dr.Mahathir Mohammad kata umno telah di monopoli dan dipenuhi dengan orang-orang yang bodoh dan bangang, memang gurkah-gurkah politik di'port' setuju sangat-sangat.

Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.
Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Sama ada pihak penguatkuasa tak buat kerja kerana asyik 'nga-nga', atau pun mereka 'makan' kuat sangat dari tokey-tokey penyeludup ini kerana kalau tak ambil 'makan' itu, mereka akan jadi macam Pengarah Kastam hari tu...hanya mereka saja yang tahu.

Akibat nya... KITA SEMUA dipaksa untuk menerima padah akibat penyeludupan yang berleluasa dan seluruh rakyat dipaksa untuk menanggung beban ini... memang MUSIBAT BESAR!!!

Macam manalah manusia-manusia yang bangang dan bodoh yang ada dalam umno ini menguruskan ekonomi negara kita? Kalau lah sebab penyeludupan yang berleluasa ini punca harga akan dinaikan, cari lah jalan macam mana nak halang penyeludupan ini.. MANGKUK! Hari ini mereka seludup petrol/diesel, naikan harga petrol/diesel. Esok-esok mereka seludup gula, naikan pula harga gula. Lusa-lusa mereka seludup beras, naikan pula harga beras. Macam tu kah cara nak halang penyeludupan?

Jangan lah 'bodoh'kan kami dengan menyuruh kami bandingkan harga-harga disini dengan harga-harga dinegara luar. Berapa 'earning power' mereka? Berapa kita disini? Jangan lah cakap macam tu, ini lah masalah bila makan guna 'bontot', tak guna mulut... Kami dah 'fed-up' lah!!!

dollah yankee -
Gurkah-gurkah di'port' yakin pada satu hari pasti rakyat semua akan bangun untuk memberontak, mengganas, ber'demonstrasi' dijalan raya kerana mahu menghapuskan kerajaan yang ada kerana mereka sudah tak boleh tahan lagi...

1 comment:

  1. aku setuju mmg apa yg dikatakan....dlm otak aku pon berpikir mcm tu...mmg x mustahil demo besar2an akan berlaku!!!...tggu ajela putrajaya!!.....

    ReplyDelete