suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, September 06, 2013

Salleh Yaakob maut,isteri cedera

Innalillahi wainnailaihi rojiun. Daripada allah kita datang, dan kepada allah kita akan kembali... untuk di hisab dan menerima pembalasan.(Inn na illa rabbikar ruj'a. Surah Al'Alaq, ayat 8) Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua yang maut tak diduga sama ada kita seorang pelawak terkenal ataupun seorang penoreh getah, dan semoga roh jenazah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman serta semoga isterinya sembuh.

Salleh Yaakob Maut, Isteri Cedera Disambar Petir

on Friday, September 6, 2013 at 3:21 AM

TEMERLOH – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Antara yang turut menziarah jenazah ialah Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.

dollah yankee -

Gurkah-gurkah di'port' pun mula-mula terkejut 'beruk' juga ...

2 comments:

  1. TERKEJUZT GABAN JUGAK DIBUATNYER

    ReplyDelete
  2. Tme maghrib ni nabi kata memang time syaitan berkeliaran; tambah pula kat paya. Mungkin Petir tu nak panah syaitan yang berselindung belakang mangsa? Wallahualam.

    ReplyDelete