suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, September 04, 2013

Menunggu bencana ...

dollah yankee -
Sumber gurkah-gurkah politik di'port' memberitahu bagaimana sejak awal bulan julai lalu semua pintu-pintu sempadan Malaysia yang dikenal pasti yang mudah di bolosi olih pendatang-pendatang haram termasuk di Lahad Datu, ada banyak muka-muka luar biasa yang bersaiz besar dan ketinggian 6-7 kaki (kalau10 orang Malaysia lawan bertumbuk belum tentu boleh menang dengan mereka seorang). Ada putih, ada hitam (negro). Setelah di siasat olih gurkah-gurkah, rupa-rupanya mereka-mereka ini adalah 'secret service' dari Amerika sedang membuat pemantauan sebelum kedatangan Obama ke sini bulan Oktober nanti.

Olih kerana Malaysia ni macam-macam boleh jadi (maklumlah Malaysia Boleh!), Amerika pun bimbang dengan keselamatan presiden mereka, sebab itu dia nak datang bulan sepuluh, bulan tujuh 'secret service' mereka dah mula buat kerja.
_______________________________________________
Rakyat Malaysia yang budiman bakal dianugerahkan hadiah paling besar daripada kerajaan Umno-BN yang merajai kita hari ini. Ia lebih besar daripada bencana barang naik; kamera AES, cukai GST, harga minyak, gula, jalan tol dan lain-lain.

Namanya Trans Pacific Partnership Agreement (TPP).

TPP dijangka dapat diselesaikan menjelang sidang APEC di Indonesia, Oktober 2013 ini.

Inilah perjanjian paling rahsia pada abad ke 21.

Agenda membodohkan orang Melayu terus bergerak lancar. Seterusnya menenggelamkan isu TPP ini.

Sebenarnya, seluruh rakyat Malaysia yang akan mendapat bala bahana TPP, antaranya:
  • Menghakis hak-hak pekerja di seluruh dunia (pekerja Malaysia akan ditambah aniaya lagi)
  • Menukar atau membuang peraturan-peraturan institusi kewangan negara, termasuk di Wall Street (apatah lagi Malaysia dengan pecah amanah dan rasuahnya)
  • Mengutamakan keuntungan korporat keparat MNC daripada hak rakyat (Malaysia telah lama dirundung sistem kapitalis monopoli oleh segelintir kroni Umno-BN, akan ditambah lagi)
  • Menghapuskan pekebun, peladang, penternak, petani dan nelayan kecil, memaksa perpindahan dan memusatkan bekalan makanan dunia ke tangan 1% penguasa kekayaan dunia
  • Membataskan kebebasan dan daya cipta inovasi terhadap Internet.
NGO Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) telahpun berkempen melawan TPP ini atas sebab ia menyekat penggunaan ubatan generik yang lebih murah. Ia akan mengakibatkan rawatan penyakit kronik seperti tuberculosis, malaria, HIV/AIDS, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi menjadi sangat mahal.

Masalahnya TPP dirundingkan kerajaan Malaysia tanpa ketelusan, dengan kebanyakan syarat-syarat perjanjian dipaksakan tanpa pembuatan keputusan yang demokratik.

Jikalau kita membaca dongengan atau kisah mitos Melayu kuno, seperti kisah Sultan Mahmud dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu berkenaan kejatuhan Melaka, atau kisah Raja Bersiong dan kerajaan Langkasuka, kita akan mendapati kemusnahan empayar-empayar Melayu kuno (Hindu-Budha dan Islam) ini berpunca daripada serangan dan penguasaan asing.

Tetapi kita tidak boleh menolak hakikatnya dengki khianat, tamak haloba, kezaliman, rasuah dan pecah amanah di kalangan pemerintah tempatan menjadi punca utama faktor dalaman yang merobohkan tembok pertahanan daripada ancaman luar.

Inilah akibatnya, serakah dasar penswastaan serta rakus pemerintahan zalim, rasuah, pecah amanah. Inilah kesannya hegemoni United Malays National Organization selama lebih 55 tahun.

Bagi penyokong tegar Umno-BN, pada hari ini dan mendatang, sehingga termeterainya Perjanjian TPP ini, teruskanlah sokongan anda kepada Umno-BN. Nanti rasailah nikmat kehancuran dan kehilangan itu.

No comments:

Post a Comment