suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, September 08, 2013

Ini lah Malaysia Ku(kuku?) dengan 2 buku undang-undang


Bekas CEO YPM dipenjara sehari, denda RM300,000

Bernama
4:14PM Sep 6 2013

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Datuk Dr Abdul Shariff Hamid hari ini dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana bersubahat menggunakan dokumen palsu berjumlah lebih RM300,000 dua tahun lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Shariff menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap lapan pertuduhan pilihan bersubahat itu.
Abdul Shariff, 53, yang juga setiausaha Kelab Umno Luar Negara didakwa telah bersubahat dengan pengurus bahagian pengurusan program YPM Zainal Rashid Zakaria, 44, dengan mengarahkannya menggunakan sebagai tulen borang pengesahan pembayaran bagi pelaksanaan lapan program yang keseluruhannya bernilai RM324,150 yang mana ia merupakan dokumen palsu.
.........................................................................
 
Bersubahat menipu: Penjual roti dipenjara 3 tahun, disebat dua kali
 
PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan terhadap seorang penjual roti kerana bersubahat menipu sebuah syarikat pembinaan melibatkan sejumlah RM500,000 tahun lepas.

2 comments:

  1. ada habuan lagi diakhirat nanti untuk manusia jangan lupa hidup pun tak berapa hari lagi didunya mati datang tiba tiba. awas

    ReplyDelete
  2. Hadis (at Tirmidzi): Antara 3 hakim, hanya 1 masuk syurga dan 2 lagi ke neraka! Memang haramjadahnya punya undang2! Anak saya nak buat pinjaman MARA utk pengajian di universiti tempatan tak diluluskan, jadi kenalah saya ikat perut nak meneruskan pengajian anak...bukannya minta BIASISWA TAPI PINJAMAN...memang celaka kamu!!UMNO haramjadah PETUALANG DAN PENGKHIANAT bangsa, ugama dan negara!!

    ReplyDelete