suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, September 02, 2013

'Endless Possibility'? Kah..Kah..Kah..


Rakyat Malaysia am nya terdiri dari 3 kumpulan. Kumpulan pertama ada lah yang selalu berkata BN/umno ada lah kerajaan yang terbaik. Mereka tak kira macam mana punya rasuah, berapa besar rasuah, siapa  pemimpin-pemimpin yang rasuah serta yang banyak buat dosa kepada rakyat.Yang sentiasa nak mencekik rakyat.

Kumpulan yang ke-2 pula adalah mereka yang ada otak atau yang ada 'akai' yang telah memilih Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sebagai pilihan alternative yang boleh membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dan lebih bagus untuk kita semua dan rakyat am.

Manakala kumpulan ke-3 ada lah mereka yang tak ambil 'pot', tak peduli pun walau bom meletup di sebelah. Mereka tak mahu tahu dan tidak mahu ambil apa-apa bahagian pun tentang politik. Mereka langsung tidak kisah minyak naik, barang naik, kos sara hidup naik dan barang mahal. Mereka hanya fikir mahu bekerja, mahu membesarkan anak-anak dan mahu jaga 'family'.

Gurkah-gurkah politik di'port', sahabat handai, jiran-jiran dan saudara mara mereka semua terdiri di dalam kumpulan yang nombor 2 kerana mereka ini semua banyak ambil hal dan ambil berat tentang keadaan situasi politik dalam Malaysia dari pelbagai sumber sebab itu mereka semua tahu siapa yang baik, siapa yang bagus, siapa yang tak boleh pakai dan siapa yang patut di'penerajang'.

dollah yankee -
49% rakyat Malaysia yang undi BN sekarang ni sedang memaki hamun dan menyumpah seranah Najib, termasuk Nazri Aziz yang guna 'body language' ... Kah..Kah..Kah..

No comments:

Post a Comment