suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 12, 2013

Dreber pun hampehhh ...



Seorang kawan yang bekerja di sebuah bank telah memberitahu gurkah-gurkah di'port' bagaimana dia begitu bimbang dengan nilai ringgit Malaysia pada saat ini. Dia juga telah membayangkan bahawa krisis kewangan ulangan tahun 1998 boleh berlaku atau 'just arround the corner'.

Gurkah-gurkah politik ini semua bukan lah juara atau 'champion' tentang ekonomi, sebab buku saving mereka ini semua banyak yang "KELUAR dari MASUK(banyak out'come dari income..KahKahKah..)", dan mereka juga tak ambil peduli sangat tentang ringgit yang naik atau turun, yang mereka tahu tentang ekonomi hanya lah cuma pelaburan-pelaburan dalam 'Labu Peram dan Pak Man Telo' saja, dan sekitar setahun dua ini mereka ada terlibat dalam pelaburan ikan arowana (boleh tahan juga pulangan dividen).

Tetapi setelah pulang dari berhujung minggu di Hatyai.Songkhla minggu lepas, gurkah-gurkah ini semua mula terasa kebenaran kata-kata sahabat yang kerja di bank itu tentang nilai ringgit Malaysia bila mereka nak check-out dari hotel penginapan dan mereka berikan 'tip' kepada pekerja hotel dan bila pekerja hotel itu berkata "No..No.. No Malaysia money, Thai Baht please..".

dollah yankee -
Ada PEMANDU pun dok bawa kereta 'gey-long', kiri..kanan..kiri..kanan.., dok tunggu nak masuk gaung saja lagi ...

No comments:

Post a Comment