suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 19, 2013

Apa nama..apa nama..oh saya lupa lah!

Ini lah dia  baru seorang 'pemimpin'. Yang betul tu..betul lah.. yang salah, tetap salah. Dia tak pernah ada rasa nak berdendam .. walaupun Madet dah buat macam-macam dekat dia.. cuma Madet saja yang dok kata dia tak pernah dengar 'Projek IC'.

Anwar Ibrahim: Jangan salah kan Dr M sorang saja..

Jarang-jarang berlaku, hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pemberian kad pengenalan terhadap warga asing di Sabah.

"Saya lihat laporan media, semuanya menyalahkan Dr Mahathir. Ini tidak betul".

"Sistemnya sudah beroperasi sejak sebelum beliau dan terus berlangsung selepas itu, Tetapi kita harus hentikannya," kata Anwar merujuk kepada apa yang dikatakan sebagai "Projek IC".

Anwar memberikan keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

dollah yankee -
semasa Madet beri 'statement' dekat 'press' dia 'boh' atas kepala Anwar, walaupun masa tu Madet yang jaga KDN..

No comments:

Post a Comment