suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, September 17, 2013

Aikk? Janji dimungkiri? Wah! menarik ni..!



Pengerusi Parti Komunis Malaya yang di haramkan, Chin Peng, telah mati di Bangkok pada Hari Malaysia, 16hb September 2013. Kematiannya telah menjadikan ahli politik mengambil kesempatan untuk menunjuk-nunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membuat kenyataan yang garang-garang terhadap orang yang telah mati dan tidak bernyawa itu.

Ada pemimpin UMNO dan NGO yang dahagakan isu untuk di sebut menggunakan kematian Chin Peng ini untuk menempelkan rasa sayang dan cintakan negara dengan meminta mayatnya tidak dikebumikan di negara ini kerana tindakan parti itu masuk kehutan dan menjadi pengganas kepada Negara.


Malaysiakini Sep 17 2013
 
Pakar perlembagaan Aziz Bari berkata kerajaan sepatutnya memenuhi janji yang telah dimeterai dengan Parti Komunis Malaya dan tidak menangguk di air yang keruh dalam isu kematian bekas pemimpin parti tersebut, Chin Peng, untuk manfaat politik.

Menurutnya, kerajaan akan kehilangan kewibawaan jika mereka terus mungkir janji dengan PKM.
Beliau mengingatkan kerajaan bahawa gencatan senjata pada tahun 1989 di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (CPM) ditandatangani di antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri dalam negeri serta IGP pada masa itu.

"Berhentilah dari memanipulasi emosi veteran tentera dan polis. Terima kenyataan atau diam sahajalah," kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dalam satu kenyataan.
 
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkeras agar mayat Chin Peng tidak disemadikan di Malaysia.

Khalid semalam turut mengumumkan bahawa semua sempadan sedang dikawal bagi memastikan mayat Chin Peng tidak diseludup ke ke dalam negara.
Katanya, Chin Peng bertanggungjawab terhadap kematian banyak anggota polis dan tentera sewaktu darurat.

dollah yankee -
Semua orang nak tahu apa perjanjian itu?

4 comments:

  1. aku dah lama tak percaya dengan kamu kerajaan um no!

    ReplyDelete
  2. um no dan komunis tu sama sahaja!

    ReplyDelete
  3. dlm perkataan komunis ada perkataan umno.....

    ReplyDelete
  4. tidak pulak ku tahu ader rundingan damai hatyai 1989... term-term yang telah dimungkiri oleh pemerintah skg..

    ReplyDelete