suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, August 11, 2013

'Sindrom takut'


Kehidupan harian gurkah-gurkah politik di'port' secara tiba-tiba bertukar dan berubah sekelip mata. Mereka sudah tidak lagi berani pergi ke Bank, dan urusan perbankan mereka kini banyak dilakukan melalui 'on-line banking'.

Mereka juga sudah tidak lagi berani makan-makan diluar, terutamanya dikedai-kedai mamak yang merupakan tempat terbuka ketika hari malam. Mereka juga sudah tidak lagi berani berjalan-jalan di sekitar jalan Penang dan jalan-jalan sibuk yang lain kecuali ke komplek-komplek membeli-belah yang ada ramai orang ramai. Mereka juga sudah tidak keluar malam, dan kalau keluar pun mereka akan cuba balik ke rumah sebelum jam 9 malam.

Mereka bukanlah sudah kena penyakit yang bernama sindrom ketakutan. Kah..Kah..Kah.. tetapi mereka sudah mula merasakan yang jalan-jalan didalam bandaraya ini dan Negara kita ini sudah tidak lagi selamat.

Mereka sudah jadi penakut, takut kepada peragut-peragut yang sering 'berkelewar' dan mengintai mangsa-mangsa dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk 'strike'.

Mereka juga takut rumah mereka akan dipecah masuk sebab rumah-rumah pegawai polis polis dan rumah pak menteri juga tak terlepas dari sasaran apa tah lagi rumah gurkah-gurkah ini.

Mereka jadi takut, takut ditembak walaupun gurkah-gurkah ini bukan lah taukey-taukey besar atau 'tokan-tokan' besar tetapi mereka takut terkena tembakan dari peluru sesat yang disasarkan kepada orang lain.

Tetapi Pak Menteri kita masih tetap 'cool' dan cuba memperbodohkan kita dengan 'statement' dan statistik 'gila 'mereka ...

dollah yankee -
Nak cari dan beli pistol lah nampak gaya...

No comments:

Post a Comment