suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, August 29, 2013

Siapa yang buat duit ni?

Gurkah-gurkah di'port' kurang pasti sama ada ops PATI ini bertujuan untuk hantar pulang ke Negara asal atau untuk meng'halal'kan yang haram. Bila dah 'halal' boleh lah pilih nak 'alamat'kan kad pengenalan atau i/c mereka dimana. Sama ada di Pulau Pinang atau di Selangor atau di Kelantan.
 
Ada sahabat dan rakan dari Sabah pula berkata ops begini kalau di sini tak pernah berjaya sebab setiap rumah-rumah setinggan PATI ini akan berkibar dengan bendera BN dan bendera UMNO. Tak tau lah sama ada bendera-bendera itu sebagai 'tangkal' yang telah di jampi.
 
Pun tidak tahu sama ada ini adalah lakonan bermusim dari pak menteri, atau sebab KDN baru dapat menteri yang baru dan pak menteri ini baru beli  'penyapu baru'.
 
Operasi pendatang haram besar-besaran lepas raya
10:35AM Jul 23 2013 
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran selepas Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengesan dan menahan pendatang tanpa izin di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi melibatkan polis, Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu akan meliputi kawasan perniagaan, perladangan, kilang dan kawasan pembinaan di seluruh negara.
 
Gurkah-gurkah di'port' ini tak pernah nak percaya dekat menteri sekoq ni sejak dia jadi chairman sebuah GLC dulu... yang di atas pun tak buat lagi, dia dok kalut yang di bawah ini pulak ...

Kad pengenalan khas pekerja asing

PUTRAJAYA 22 Ogos - Kerajaan memperkenalkan kad pengenalan khas untuk 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kad pengenalan baharu itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go).

Kita menyasarkan 2,000 pekerja Bangladesh dibawa masuk setiap minggu atau 8,000 orang dibawa masuk setiap bulan.Selain itu, kita juga sedang memutihkan kira-kira 64,000 pekerja Bangladesh sedia ada di negara ini," katanya.
 
dollah yankee -
Kami cuma nak gelak..Kah..Kah..Kah..

1 comment:

  1. Semua operasi mcm ni adalah penyamaran saja...melepas batuk ditangga..sebenarnya adalah projek buat duit...masyukkkkk!!UMNO haramjadah dan rasuah berpisah tiada!! Temberang saja...cakap saja berdegar-degar..habuk pun tarak!! Sifat mcm nilah yg buat rakyat malas nak khibar bendera negara!Pemimpin2 negara..tolong dengar bisikan hati rakyat!!

    ReplyDelete