suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, August 30, 2013

Nak 'join' kongsi gelap?!


Selepas lima pembunuh upahan dari geng 04 ditembak mati polis baru-baru ini, geng 04 ini sudah jadi popular. Lebih popular dari geng 3 line. 'Rating' mereka naik tinggi.

Apa macam? Tak teringin nak jadi gangster? Nak jadi? Di Malaysia ni sesiapa saja yang nak 'join' kongsi gelap rasanya tak susah dan tak ada masalah langsung kecuali yang ada rupa paras 'jambu' agak susah sikit laa..kalau muka macam 'pecah rumah' itu ada kelebihan, kalau orang muda lagi senang...tapi kalau tua dan rambut pula dah warna putih..payah sikit laa... Kah..Kah..Kah..

Kongsi gelap ni pun juga macam persatuan-persatuan yang ada di sekolah-sekolah yang sentiasa mencari dan menerima ahli-ahli baru, kongsi gelap juga sentiasa menerima ahli-ahli baru,mereka juga aktif dalam mem'promosi kumpulan mereka, mereka juga melatih ahli-ahli baru mereka macam mana kongsi gelap cari duit dan organisasi mereka pun nampak cukup tersusun.

Macam mana persatuan atau kelab-kelab yang ada disekolah-sekolah yang sering mencari ahli-ahli baru, macam tu juga lah dengan kongsi gelap2 ini.

Bagi sesetangah budak-budak sekolah(banyak budak-budak sekolah cina/hindu), menjadi ahli-ahli kongsi gelap ini didapati lebih menarik daripada menjadi ahli kelab bulan sabit atau kadet kelab bomba/tentera/polis sebab kalau jadi ahli kelab-kelab bomba/tentera/polis mereka semua terpaksa berkawad di tengah panas yang 'lit-lit', kena belajar macam mana nak buat pertolongan cemas, kena belajar cara nak gulung paip bomba, nasib tak baik kena bawa tin sana sini minta sedekah derma dekat orang ramai.

Kalau jadi ahli kongsi gelap rasanya lebih relak, yang penting buat muka ganas dan 'brutal', lukis sikit tattoo cap naga atau burung helang kat lengan. Bila dapat duit 'protection' boleh bersuka ria di kelab-kelab malam.

Nak dapat duit pula bukan susah pun, cari mana-mana tokey kedai tanya saja "kita orang jaga sini tempat,kita boleh jaga sama lu. Lu mau kasi tak mau kasi?!!".

P/S: Ada seorang anak jiran umur 12 tahun yang baru pindah pernah tanya..."macam nak jadi 3 line?" 

dollah yankee -
ada lagi satu geng cukup dasyat punya.. 'mister 003',boleh jumpa banyak di lorong garu...Kah..Kah..Kah..





No comments:

Post a Comment