suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, August 20, 2013

Fail..tutup!!


Kalau mangkuk ni seorang ahli 'tomoi', dia tentu dah menang kejuaraan 'tomoi' "Minggu Tomoi Danok 2013" (Danok MuayThai Week) yang berlangsung di Danok baru-baru ini.

Dia telah membuat pukulan-pukulan curi dengan menumbuk, menendang, menghantuk kepala bini dia yang langsung tak bersedia untuk mengelak dan mempertahankan diri. Dia terus 'demah' bini dia diseluruh tubuh badan sampai bini dia jatuh, dan terus tendang bini dia keluar dari gelanggang oppss sorry bukan gelanggang tapi lif daaa ...

Dia menggenggam tangan dan menyilang tangan ke dada menunjukan yang dia ada lah seorang 'champion'. Penonton pula menjerit dan terkejut dengan kekalahan bini dia.

Ini bukan lah kejuaraan 'tomoi' dan perlawanan tadi juga bukan lah dalam gelanggang 'tomoi'.

Kejadian ini berlaku dalam lif disebuah hospital dan penonton yang menjerit dan terkejut itu ialah anak-anak mereka.

Akibat tak boleh tahan, bini dia telah buat laporan polis dan setelah polis siasat, didapati ini adalah masalah kes rumahtangga laki-bini, dan tiada tindakan dapat dilakukan sebab bini dia tidak mendapat apa-apa kecederaan dan mungkin juga sebab kepala bini belum pecah atau sebab bini dia belum di hantar ke wad unit rawatan rapi (i.c.u) kot?

Selepas video klip itu beredar macam pisang goreng panas dalam internet dan macam-macam orang serta macam-macam NGO dan masyarakat pula kalut dan sibuk bersuara dan bagi macam-macam pandangan dan komen-komen, baru lah polis pun terhegeh-hegeh cuba mencari dan nak tangkap si suami.

Beberapa hari lepas tu keluar berita dan gambar si suami siap kerenyeh macam kerang busuk semasa polis sedang bawa dia nak jumpa hakim untuk diambil reman.

Sampai hari ini apa perkembangan cerita itu siapa pun tak tahu. Yang gurkah-gurkah di'port' dapat tahu ialah 'jantan keparat' tu cuma kena reman dua hari dan selepas itu fail dia dah di cop NFA.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah di'port' kata .."Bini dia pun 'soket' lagi.."

No comments:

Post a Comment